Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Shaidah Shafie July 6, 2020 @ 12:00pm

Pelbagaikan menu dengan Ribena, pasti enak dan lazat

Ingat Ribena, ingat buah anggur hitam (blackcurrant) yang kaya dengan vitamin C dan lebih mengujakan apabila menikmati minuman berkenaan dalam keadaan cuaca panas, hilang segala dahaga.

Diperkenalkan sejak 1936, Ribena dipercayai sejak turun temurun sebagai minuman berkhasiat yang membekalkan keperluan harian vitamin C untuk seisi keluarga.

Selain enak dihidangkan sebagai minuman, Ribena juga boleh dimanfaatkan sebagai bahan masakan untuk menyediakan lauk-pauk, kuih-muih, pemanis mulut dan nasi.

Tentunya berbeza apabila menikmati kebaikan Ribena dalam sepotong kuih atau semangkuk pemanis mulut yang lazat dan enak, lebih-lebih lagi ia kaya khasiat.

Mahu mempelbagaikan menu di meja hidangan untuk majlis minum petang, cuba kreativiti sediakan pemanis mulut dengan Ribena sebagai bahan penting dalam penyediaan makanan berkenaan.

Hijab & Heels kongsikan dua resipi menyelerakan daripada Ribena.

Sagu Ribena (Hidangan untuk 4 orang)

Bahan Sagu:
100 gm sagu
1 liter air masak
10 ml Ribena minuman kordial buah Blackcurrant

Bahan adunan untuk sos:
50 gm krim putar
100 ml Ribena minuman kordial buah Blackcurrant

Cara penyediaan:
1. Didihkan air dan apabila sudah mendidih, padamkan api. Masukkan sagu dan gaul selama satu minit dan biarkan sagu kembang.
2. Bilas sagu dengan air dan masukkan 10 ml Ribena dan gaul sehingga sebati.
3. Tuangkan ke dalam gelas atau mangkuk yang terpilih dan sejukkan dalam peti sejuk selama satu jam.
4. Hidangkan dalam cawan atau mangkuk. Tambahkan adunan 100 ml Ribena dan krim putar yang telah digaul rata disekelilingnya
5. Boleh ditambah dengan cebisan buah yang disukai.

Pesanan Cef:
Dihidangkan sejuk untuk hasil yang lebih baik. Tambahkan buah-buahan kesukaan anda (disyorkan buah anggur hitam).

Tidak lengkap hidangan minum petang jika hanya satu menu sahaja yang dihidangkan untuk tetamu, tat enak ini pastinya menyempurnakan selera anda untuk majlis ceria dan sihat itu.

Tat Keju Ribena (Hidangan untuk 4 orang)

Bahan inti keju:

500 gm keju krim
40 gm mentega
100 gm gula aising
3 biji telur
150 ml Ribena Minuman Kordial Buah Blackcurrant

Bahan untuk pastri tat:

440 gm tepung kek
125 gm gula aising
2 biji telur
250 gm mentega

Cara penyediaan:
1. Gaulkan keju krim dan mentega selama lima minit untuk membuat inti keju krim.
2. Masukkan gula aising, telur dan Ribena. Gaul hingga sebati.
3. Campurkan semua bahan kulit tat dan gaul dengan tangan hingga menjadi doh. Ketepikan selama satu jam.
4. Tuangkan doh ke dalam acuan tat untuk dibakar pada suhu 180 darjah Celsius selama 20 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk.
5. Tuangkan inti keju krim ke dalam acuan kulit tat dan bakar pada 160 darjah Celsius selama 25 minit.

Pesanan Cef:
Dihidangkan sejuk untuk rasa yang lebih enak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Apr 2021

12 April Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan

Bulan Ramadan menjelang tiba.. Tarikh melihat anak bulan Ramadan di Malaysia adalah pada petang Isnin, 12 April ini iaitu bersamaan 29 Syaaban 1442 Hijrah. Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dalam kenyataan pada Jumaat menyatakan tempat […]

Featured Thu, 19 Mar 2020
Featured Fri, 22 Oct 2021
Featured Fri, 29 Jul 2022

“Saya Sentiasa Mahal…” – Adi Putra Akui Terima Bayaran Tinggi, Sesuai Nilai Lakonan Dan Komitmen Yang Diberikan

Tapi kalau Adi Putra berlakon memang best! drama best, filem apatah lagi♡♡♡

Featured Mon, 29 Oct 2018

Gara-Gara Beri Anak Minum Coca-Cola, Bapa Dipenjara 3 Bulan!

Anaknya tak cukup makan sebab bapanya habiskan duit beli minuman keras!

Featured Sun, 25 Jun 2023
Featured Fri, 13 Jan 2023

“Saya Memang Tak Suka Kongsi Hal Peribadi” – Zizi Kirana Selesa Hidup Bersederhana

Penyanyi Zizi Kirana mengakui lebih selesa hidup besederhana dan tidak terlalu berkongsi mengenai kisah peribadinya bersama suami yang juga pelakon, Yusuf Bahrain di media sosial. Menurut Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil, 38, […]

error: Content is protected !!