Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal December 13, 2018 @ 11:25am

Sniper Digeruni Musuh Ini Bertukar Menjadi Ratu Cantik

Siapa sangka, daripada seorang pembunuh hendap berhati sejuk yang ditakuti musuh, gadis ini yang juga anak yatim piatu bertukar menjadi seorang ratu cantik di tempatnya.

Olga Shishkina, 21, berasal daripada Ukraine terlibat dalam peperangan mewakili kumpulan pemberontak pro-Putin ketika konflik berdarah di Donetsk.

Bagaimanapun katanya, dia terlebih dahulu perlu membuktikan kesetiannya melalui medan perang kerana ada dalam kalangan anggota pasukan pemberontak menuduh dia sebagai ejen perisikan Ukraine.

Namun semuanya berubah, namanya melonjak naik dan menjadi salah seorang pembunuh paling ditakuti dalam kalangan anggota penembak hendap pemberontak.

Pernah satu ketika, dia berjaya membunuh sasarannya daripada jarak 4,000 kaki (1219 meter).

Bercakap dalam satu wawancara, Olga yang mengimbas kembali penglibatanya dalam salah satu konflik berdarah paling ditakuti di Eropah Timur itu mendedahkan bahawa dia tidak menganggap sasarannya itu adalah manusia.

”Saya tidak membunuh ‘manusia’. Ia tidak tepat untuk berkata begitu. Bagi kami, anggota sniper, mereka bukan manusia tetapi sasaran. Saya kerap membunuh sasaran hidup, mereka adalah musuh. Saya tidak pernah fikir siapa yang saya bunuh itu.

”Saya tidak pernah fikir sama ada mereka mempunyai ibubapa, isteri atau anak. Ini adalah peperangan. Cara ini lebih memudahkan saya.

”Saya tidak merasa malu dan tidak merasa kasihan. Saya bukannya membunuh orang awam,” katanya.

Baru-baru, setelah berpindah unit, Olga sempat hadir dalam satu sesi awal pencarian ratu cantik yang dikenali sebagai ‘Lady Of Republic’.

”Saya melepasi pemilihan awal dan menjadi lebih yakin. Setelah menemui lebih ramai manusia, saya menyedari ada kehidupan lain selain menjadi seorang tentera,” katanya.

Olga berjaya memenangi kategory ‘Lady Transformation’, satu kategori khas untuk wanita-wanita yang pernah menjadi askar dan beralih arah ke pertandingan ratu cantik. Olga berjaya memenangi hadiah sebuah komputer riba serba canggih.

Menurutnya, hadiah tersebut boleh membantu untuk dia memulakan hidup baru sebagai seorang peniaga. Selain itu, dia berhasrat untuk meninggalkan dunia sniper dan mahu mendirikan rumah tangga.

Olga turut memberitahu bahawa dia mempunyai seramai 14 orang adik beradik, yang semua diserahkan kepada rumah anak yatim.

Stau ketika, ayahnya datang kembali mengambilnya sebelum terkontang-kanting pada usia 5 tahun setelah kematian ayah. Dia kembali ke bawah jagaan kerajaan.

Dengan rumah rumah anak yatim yang didiaminya berada di tengah-tengah zon peperangan pada 2014, dia membuat keputusan untuk menyertai pasukan pemberontak namun tidak diterima kerana baru berusia 17 tahun selain faktor jantina.

Kemudian, bandar yang didiaminya ditawan angkatan tentera Ukraine.

”Sesiapa sahaja yang menentang rejim Kiev akan ditahan. Tekanan wujud dimana-mana sahaja dan saya sedar saya tidak boleh hidup begitu lagi.

”Sebaik sahaja saya mencapai umur 18 tahun, saya mencuri passport saya dan meninggalkan rumah anak yatim itu. Saya menuju ke bandar Horlivka, bandar dibawah kawalan pasukan pemberontak.

”Pada awalnya mereka meragui kehadiran saya. Dituduh sebagai pengintip dan diletakkan di bawah pengawasan selama sebulan.

”Kemudian, saya mula diterima dan diajar dengan taktik peperangan sniper sebelum dihantar ke barisan depan,” katanya lagi.

Setelah keadaan kembali tenang, Olga kini memulakan perniagaan kafe sendiri dan merancang untuk berkahwin dengan pemuda yang dikenalinya ketika berjuang bersama-sama di medan perang.

Sumber : Dailymail

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 20 Nov 2018

OMG…Wanita Ini Nekad Masuk Landasan Kejar Pesawat

Difahamkan, Hana sepatutnya menaiki pesawat Citilink dari Denpasar menuju ke Jakarta.

Trending Wed, 12 May 2021

Isu Ain Husniza: Guru SMK Puncak Alam Ditempatkan di JPN Selangor Sehingga….

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan mengenai isu seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA), Selangor yang didakwa mengeluarkan kata-kata tidak wajar semasa melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kepada seorang murid. Menerusi kenyataan […]

Trending Tue, 5 Jun 2018

Gadis Melayu Berhijab Ke Pentas Miss Universe?

Beliau berjaya disenarai pendek antara 20 peserta pertandingan Miss Universe New Zealand .

Featured Mon, 19 Sep 2022

[VIDEO] Daiyan Trisha Bergambar Dengan Chan Young Yoon, Netizen Luah Rasa Cemburu

Bestnya jadi Daiyan ni kan dah ramai selebriti terkenal dapat jumpa! 😍

Featured Wed, 21 Dec 2022
error: Content is protected !!