Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari March 21, 2023 @ 12:56pm

“Tipulah Tak Sayang” – Minta ‘Dilepas’ Cara Baik, Nurul Shuhada Nafi Tunjuk Ego… Buat Untuk Maruah Diri & Anak

Umum mengetahui mengenai kemelut rumah tangga yang dihadapi pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri didakwa goyah akibat kehadiran orang ketiga.

Susulan itu, menerusi video temu bual meloditv3, Shuhada mengakui masih menyayangi suaminya itu kerana dia merupakan bapa kepada anak-anaknya.

Namun, Shuhada reda dengan segala ketentuan Allah SWT dan percaya pasti akan digantikan dengan perkara yang lebih baik.

“Tipulah tak sayang kan… abah kepada dua orang anak kitorang kan. Allah dah takdirkan kitorang macam ni, Allah dah susun semua dengan baik dengan indah. Kitorang kena terimalah.

“Allah pun nak gantikan yang lebih baik lagi lah Insya-Allah untuk kedua-duanya kan,” kata Shuhada.

Ditanya adakah Shuhada masih meletak harapan untuk perdamaian dan selamatkan rumah tangga, dia menyatakan dia hanya berserah kepada Allah SWT.

“Susah nak cakap. Shu betul-betul berserah dekat Allah bulat-bulat. Shu tak pernah lagi lah marah Hafidz, menengking, mengeluarkan kata-kata kesat cuma Shu suruh Hafidz lepaskan Shu baik-baiklah.

“Tapi, malangnya sampai ke macam ni jadi. Kita harapkan yang terbaiklah. Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui. Tak ada isu nak menang ke nak megah-megah nak tunjuk siapa yang ego tak ada. Ini hanya untuk maruah Shu dan anak-anak,” luahnya.

@melodiberapi Bila ditanya adakah Shu masih sayang Hafidz nie jawapan Shu 😢 #meloditv3 #ceritaartismalaysia #hafidzroshdi #satutakcukup #shuhadashukri ♬ original sound – Melodi

Sekadar info, Hafidz Roshdi hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi sebutan kes cerai pada pagi ini.

Artikel Berkaitan: Menggeletar di Lapangan Terbang! Nurul Shuhada Kena Panic Attack Selepas Tonton Video Hafidz Roshdi, Netizen Timbulkan Tanda Tanya

Artikel Berkaitan: “Tengok Jodoh Macam Mana… Rasa Sayang Terhadap Nurul Shuhada 50-50” – Hafidz Roshdi

Artikel Berkaitan: Balas Surat Terbuka Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Dedah Suami Kahwin Senyap-Senyap?

Artikel Berkaitan: “Cukuplah Aku Jadi Manusia Baik Sangka, Separuh Mati Dah Kena!” – Nurul Shuhada

Sumber: meloditv3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Jul 2024
Hiburan Tue, 18 Mar 2025

Syukur Dapat Bertemu Fatima, Fattah Amin Bakal Beraya Dengan Anak Pada 3 & 4 Syawal

Fattah Amin bakal menyambut Hari Raya dengan Fatima pada 3 dan 4 Syawal.

Hiburan Fri, 1 Sep 2023
Hiburan Sun, 18 Nov 2018

梁洁吻戏多不怕未婚夫吃醋!王浩歌私下是暖男

配合dimsum二周年庆,古装穿越爱情网络剧《双世宠妃2》演员陈宥维、梁洁、孙艺宁和王浩歌来马宣传;剧中吻戏多的梁洁透露,不怕未婚夫吃醋,还笑说“他也是有啊!”

Hiburan Mon, 2 Apr 2018

Hubungan Mawar Rashid dan Elvina Renggang?

Bagi Mawar Rashid kehilangan kedua ibu bapa tersayang secara serentak dan sekali gus menjadi yatim piatu merupakan dugaan paling berat untuk dipikul. Keadaan itu penyeban hubungannya dengan Elvina semakin renggang.

Featured Thu, 23 Oct 2025

“Dia Tak Pandang Harta & Sangat Rajin Cari Duit – Betty Rahmad ‘Backup’ Uqasha Senrose, Minta Netizen Jaga Lisan 

Konflik rumah tangga pasangan pelakon popular, Uqasha Senrose dan Kamal Adli masih menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.

Featured Wed, 1 Mar 2023
Hiburan Tue, 11 Jul 2023
Trending Fri, 24 Jan 2020
error: Content is protected !!