Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Faida December 13, 2018 @ 7:29pm

Kenali ‘Roda Warna’ Agar Kamu Tak Runsing Ke Tempat Kerja

Penampilan yang menarik dapat dilihat dengan cara kamu mix & match busana. Tapi AWAS…hati-hati ketika suai padan warna tudung dan pakaian sebelum ke tempat kerja. Silap hari bulan, jadi bahan senda pula bila warna tudung dan baju serba ‘tak kena’. 

Ketua Program Fesyen dan pakaian Kolej Komuniti Temerloh, Fara Azeerin Abdul Karim tampil berkongsi beberapa tips agar anda tampil menawan biarpun hanya menyarungkan busana tanpa jenama. Jom semak! 

  • Roda warna

Penting mempelajari tentang Roda Warna. Ini merupakan cara mudah suai padan warna hijab dan busana berdasarkan warna di atas. Pilih warna yang terletak bersebelahan. Contohnya warna hijau dan kuning. Ia merupakan padanan serasi apabila digabungkan. Beranikan diri untuk padankan shawl bewarna hijau dan top kuning yang bakal menimbulkan gaya feminin.

  • Bentuk 90 darjah

Padanan warna dari roda warna yang membentuk lingkaran 90 darjah juga merupakan tips penting ketika suai padan. Caranya adalah dengan  melihat roda warna dan membentukkannya ke 90 darjah. Contohnya padanan warna biru dan violet atau kuning dan biru . Tetapi tidak semestinya dipadankan pada bahagian hijab dan pakaian sahaja. Ia boleh digunakan ketika memilih warna heels, handbag atau aksesori lain.

Sebenarnya, tidak susah untuk anda membuat padanan kerana dengan motif atau corak pada hijab sahaja boleh menyelesaikan masalah. Gabungan corak dan warna pada rekaan Shawl dapat membantu untuk anda bergaya.

Selain itu pilih warna hijab yang berhadapan di dalam Roda Warna. Contohnya warna warna shawl kuning, kamu boleh padankan warna pakaian ataupun aksesori lain dengan memilih warna violet. Jika anda tidak yakin mengenakan warna terang seperti di dalam roda warna, anda juga boleh ‘cairkan’ warna dengan mengantikannya kepada pastel. Contohnya warna kuning terang diganti kepada kuning cair dan violet digantikan dengan warna Lilac. 

Mudah bukan? Cubalah…pasti anda nampak lebih mengancam di tempat kerja! 

  

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Mon, 18 Jun 2018

Tabung Harapan Kini Cecah RM 74.6 Juta

Tabung Harapan Malaysia dilancarkan 30 Mei lalu sebagai usaha rakyat untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang mencecah RM1 trilion.

Featured Fri, 3 Jan 2025

Rambut Merah Persis TOP Big Bang, Kenyataan Fattah Amin Dipertikai… Warganet Bergaduh Di Ruangan Komen

Tindakan mahu jadi muslim terbaik dipersoal netizen selepas Fattah tampil berambut merah dan memakai rantai.

Featured Sat, 9 Apr 2022

“Undang-Undang SIRIM Dilakukan Untuk Banteras Pelitup Muka Kualiti Hauk Di Pasaran” – Jovian Mandagie

Ini respons Jovian Mandagie mengenai isu pelitup muka bukan perubatan perlukan SIRIM..

Featured Fri, 21 Feb 2025

“Lebih Baik Saya Terus Kerja Dari Mengejar Seperti Pengemis” – Zizan Razak

“Saya yakin orang seperti mereka tidak akan hidup tenang, kalau pun mereka kaya”- Zizan Razak

Hiburan Wed, 24 Apr 2019

Kos Bertambah Punca ‘Ketuk-Ketuk Ramadan’ Dihentikan

Kos penerbitan bertambah antara punca utama pemilik JS Pictures, Azman Yahya atau Jinggo mengambil keputusan tidak meneruskan program masakan Ketuk-Ketuk Ramadan pada musim depan. “Saya dan isteri (Sheila Rusly) memang sedih dengan keputusan yang terpaksa […]

error: Content is protected !!