Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 24, 2019 @ 9:05pm

Kos Bertambah Punca ‘Ketuk-Ketuk Ramadan’ Dihentikan

Kos penerbitan bertambah antara punca utama pemilik JS Pictures, Azman Yahya atau Jinggo mengambil keputusan tidak meneruskan program masakan Ketuk-Ketuk Ramadan pada musim depan.

“Saya dan isteri (Sheila Rusly) memang sedih dengan keputusan yang terpaksa dibuat selepas 15 tahun program ini bersiaran.

“Saya tahu program ini sangat dekat di hati penonton malah Sheila pernah menangis ketika penggambaran musim akhir program itu baru-baru ini,” kata Jinggo.

Jinggo ditemui pada sidang media program khas Ramadan 2019 ‘Sucinya Ramadan’ di Angkasapuri berkata kos penerbitan sejak beberapa musim lalu bertambah kerana pihak mereka perlu mencari idea-idea baru.

“Sejak lima tahun lalu, kami cuba bertahan sedaya upaya dengan mencari tajaan termasuk dalam bentuk tunai.

“Jika dulu artis mungkin boleh dibayar dalam RM300 sebagai tetamu jemputan tapi keadaan itu sudah berubah.

“Ada setengah artis jemputan pula mahu penginapan hotel atau tiket kapal terbang kalau mahu dijemput ke set.

“Malah lokasi penggambaran juga perlu dipelbagaikan sehinggakan kami melakukan penggambaran di luar negara,” kata Jinggo.

Katanya, kos penerbitan pernah mencecah kos sehingga RM300,000 dan ia tidak berbaloi dengan harga yang dibayar pihak stesen TV.

Bagaimana pun, Jinggo tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak berkaitan isu kos yang semakin tinggi menyebabkan mereka terpaksa membuat keputusan ini.

Sebaliknya dia berterima kasih kepada RTM memberi peluang kepada syarikatnya untuk bersiaran selama 15 musim.

Selain itu, dia turut kasihankan isterinya yang sering penat mental dan fizikal kerana perlu mencari kelainan serta olahan pada kandungan program itu setiap musim.

“Dia sering ke sana sini termasuk ke negara Asia semata-mata mahu mencari resepi dan idea baru,” katanya.

Sebelum ini, Pengarah Bahagian Program TV RTM, Norliza Mohd Ali, berkata RTM tiada hasrat menggugurkan program itu walaupun sudah 15 musim bersiaran.

Beliau berpendapat ia sebuah program yang bagus dan mempunyai pengikut tersendiri di TV1 setiap kali bulan Ramadan.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Oct 2021

Excited Nak Rentas Negeri… Tapi Sebelum Tu, Jangan Lupa Buat 5 Perkara Ini!

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan kebenaran merentas negeri akan dikuatkuasakan serentak di seluruh negara mulai semalam. Tiada lagi sekatan dibuat, jadi, tak perlulah mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa untuk merentas negeri. […]

Hiburan Fri, 8 Feb 2019

‘Allahuakbar…Caption Kau’- Pengarah Nur 2 Kecewa Dengan Siapa Tu?

Beliau turut mengingatkan agar penulis tidak sesuka hati membuka aib orang lain dan sentiasa beringat tentang dosa sendiri.

Hiburan Sun, 20 Oct 2019

“Kalau Nak Buka Aib, Dah Banyak Saya Boleh Ceritakan, Tapi…” – Datin Rebecca Nur Islam

Selepas mendirikan rumahtangga dengan Dato’ Nur Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011, pelakon, Datin Rebecca Nur Islam menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarganya, lebih-lebih lagi selepas mempunyai enam orang cahaya mata, sudah tentu masa banyak diluangkan […]

Hiburan Fri, 20 Apr 2018

Nadia Aqilah Tamat Zaman Bujang

Selain Shila Amzah, pelakon Nadia Aqilah juga memilih minggu ini untuk bernikah dengan pasangan pilihannya, sebentar tadi. Menerusi laman Instagram pelakon Sharifah Amani hari ini, beliau memuat naik beberapa keping gambar majlis pernikahan pelakon teater […]

Hiburan Thu, 28 May 2026

“Tak Perlu Menentukan Ibarat Menyuap Kehendak Sendiri Dalam Hidup Saya” – Fazura Minta Henti Tekan Soal Jodoh, Mahu Bahagia & Cari Ketenangan

Fazura turut mengulas mengenai tanggapan segelintir pihak yang sering mengaitkannya dengan individu tertentu termasuk golongan kenamaan.

Featured Sun, 24 Apr 2022
Events Sat, 15 Dec 2018
Featured Fri, 14 Mar 2025

Aliff Syukri Diarah Bela Diri Atas 4 Pertuduhan Muat Naik Video Sumbang

Hakim berkata, video yang dimuat naik itu bersifat tidak sopan apatah lagi ia dibuat pada bulan Ramadan.

error: Content is protected !!