Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida December 16, 2018 @ 9:54am

Makin Cantik, Lia Natalia Susut 30 Kilogram Sebab Nak Kahwin?

Pelakon Lia Natalia mengambil pendekatan berusaha dalam bab menjaga penampilan agar nampak lebih menawan untuk tahun 2019.

Lia atau nama sebenarnya Alia Afiqah Abden mengaku dia susut 30 kilogram selepas mengamalkan diet sihat tanpa sebarang bantuan pil.

” Jujurnya, dulu berat saya 80 kilogram dan kini berkurang hingga 55 kilogram. Saya sedar dengan ramai kehadiran pelakon baru dalam industri, saya perlu persaingan secara sihat. Bukan sebab nak kahwin ya.

” Salah satu caranya adalah dengan menjaga penampilan. Siapa yang tidak mahu nampak cantik. Betul tak?,” katanya kepada xtra.

Pelakon berusia 26 tahun ini berkata dia menjadikan pelakon Scha Al Yahya sebagai idola.

” Saya suka tengok dia, pandai menjaga penampilan dan sentiasa nampak cantik. Kalau boleh saya nak kurus macam Scha.

“ Saya juga mahu pasang pendakap gigi tahun depan. Bukan apa, saya merupakan model untuk sebuah produk gincu. Pendek kata, saya mahu jadi lebih baik daripada sebelum ini,” akhirinya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 22 Apr 2020
Featured Fri, 3 Sep 2021
Events Fri, 26 May 2023

Sold Out! Bawa Rizky Febian & Mahalini, Konsert Rossa Another Journey : The Beginning Ditambah 1 Malam Lagi

Belum puas mungkin kata yang paling sesuai digambarkan untuk penyanyi Datuk Rossa apabila dia bakal kembali ke Malaysia dalam siri konsertnya yang baru berjudul Another Journey : The Beginning yang akan berlangsung di Zepp, Kuala […]

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Dilatih Beraksi Depan Kamera Sejak Kecil, Qadejah Tak Kisah Digelar ‘Aliff Syukri 2.0’

Qadejah dah biasa dihadapan kamera sejak kecil dilatih oleh Aliff Syukri

Featured Wed, 11 May 2022
Featured Wed, 24 May 2023
Hiburan Sat, 14 Jun 2025

[VIDEO] Puteri Sarah Sujud Syukur Menang Kes Saman Fitnah, Bekas Pekerja Diarah Bayar Ganti Rugi RM150,000

Bekas pekerja Puteri Sarah diarah bayar saman lebih 100 ribu, minta maaf bertulis

error: Content is protected !!