Euforia Bola 2026
Events By: Salma Syahbuddin December 17, 2018 @ 5:00pm

Sambut 300 Kanak-Kanak Bertemakan Harry Potter Krismas Ini

Merupakan hari yang penuh magis dan kemeriahan bagi 300 kanak-kanak kurang bernasib baik yang berasal daripada 10 rumah kebajikan yang berkumpul menyambut parti Krismas bertemakan Harry Potter, yang dianjurkan oleh Resort World Genting. Kanak-kanak ini dibawa menikmati makan tengah hari bertemakan Krismas yang indah, diikuti persembahan magik serta persembahan nyanyian dan tarian oleh Dora the Explorer LIVE! Search For The City of Lost Toys (Pencarian Bandar Mainan yang Hilang).

Semasa ketibaan kanak-kanak ini di Resort World Genting yang dingin dan nyaman,  mereka akan disambut sendiri oleh Santa Claus. Kemudian dibawa ke Coffee Terrace di Genting Grand yang atmosferanya telah diubah suai menjadi sekolah magik bagi ahli sihir iaitu Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry, khas untuk acara yang bakal berlangsung nanti.

Berasal daripada 10 rumah kebajikan – Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Sivananda Boy’s Home, Sivananda Home Kuala Kubu Bahru, Rumah Victory Children and Youth Home, Shepherd’s Centre Foundation, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary KL, Lobe Eternity Charity Association, Angels Children Home, Rumah Keluarga Kami, Agathians Shelter – segenap ruang dipenuhi dengan hilain dan gelak tawa kegembiraan mereka sepanjang waktu makan.

Mereka kemudiannya dihiburkan oleh pelajar dari GAPS Studio – yang telah menyediakan 6 jenis tarian dan persembahan nyanyian yang berbeza bagi acara ini. Majlis diteruskan dengan persembahan tarian daripada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary KL dan Angels Children Home.

Selesai dengan acara tarian, ahli magis mula mengambil tempat bagi berkongsi persembahan bertemakan Harry Potter mereka yang bersifat interaktif, membenarkan kanak-kanak yang hadir turut serta.

Dan selepas sahaja persembahan dijalankan, tibalah masa yang ditunggu-tunggu kehadiran Santarina membawa kantung berisi hadiah berjaya mencuri perhatian kanak-kanak yang hadir. Hadiah-hadiah di dalam kantung diambil daripada senarai permintaan yang dibekalkan oleh Resort World Genting. Dari patung Barbie, permainan papan, basikal dan kasut sukan, kelengkapan uniform sekolah serta buku sekolah, setiap daripada hadiah ini berjaya memberikan senyuman buat kanak-kanak ini. Sebuah beg berisi baju Resorts World Genting dan barangan alat tulis jenama Faber-Castell turut diberikan kepada kanak-kanak yang hadir. Pengalaman Krismas tidak akan lengkap tanpa sebarang hadiah.

Menurut Eksekutif Kumpulan Genting Group, Puan Seri Cecilia Lim, apa yang kita lakukan pada hari ini adalah untuk mereka (kanak-kanak kurang bernasib baik) kerana mereka mewakili potensi dan kemungkinan tanpa batasan bagi masa depan kita.

” Ini merupakan musim memberi, dan kami di Resorts World Genting mahu memastikan bahawa kanak-kanak ini tidak ketinggalan bagi meraikan kemagisannya, dan diberikan alat untuk membakar semangat mereka untuk berjaya. Harry Potter menghadapi kesusahan di waktu kecilnya, dan dia tetap membesar menjadi salah seorang ahli sihir terulung bagi generasinya. Wujud kemungkinan bagi kanak-kanak ini untuk berjaya dan kami ingin memberi segala bantuan yang terdaya untuk memudahkan perjalanan mereka”. Katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Sep 2025
Hiburan Fri, 26 Sep 2025

“Tak Minat, Tak Apa” – Dikritik ‘Syok Sendiri’ Mahu Anjur Mini Konsert, Nourul Depp Tenang Bidas Netizen

Nourul Depp hargai keprihatinan netizen yang bimbang tiket konsert tidak laku

Hiburan Thu, 14 Nov 2019

Teguran Berhemah Zul Yahya Mengenai Foto Tular Dipuji Netizen

Terimalah teguran Zul Yahya dengan hati yang terbuka ya?

Featured Tue, 27 May 2025

Terima Sambutan Luar Biasa! Konsert Inteam Ditukar Ke Lokasi Lebih Besar, Tampil Persembahan Istimewa Untuk Peminat

Inteam terharu jualan tiket habis terjual. Tukar lokasi lebih besar untuk peminat.

Events Fri, 15 Feb 2019

Here are the Ola Bola the Musical 2 Winners!

These lucky winners get to watch the Pre-Screening of Ola Bola the Musical!

Hiburan Fri, 27 Mar 2026
Hiburan Mon, 3 Dec 2018
error: Content is protected !!