Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida January 3, 2019 @ 11:04pm

‘Fuh, Berhabuk English Budak Ni’, Aishah London Curi Tumpuan Netizen

Kepetahan kanak-kanak berusia tujuh tahun, Hana Aishah Mustafa Kamal mula menjadi sebutan netizen sejak semalam.

Si cilik ini mendapat perhatian di media sosial mempamerkan kepetahan luar biasa apabila menjawab soalan wartawan dalam bahasa Inggeris. 

Bapanya, Mustafa Kamal Mohd Taib yang ditemubual Mstar berkata dia sendiri sebenarnya turut hairan dan pelik dengan kebolehan Aishah yang mula bertutur dalam bahasa itu sejak di usia kecil lagi.

Mustafa berkata, anaknya itu mula bertutur dalam Bahasa Inggeris sejak berusia 3 tahun dan berpendapat anaknya itu berbakat kerana perkataan pertama diucapkan pun dalam bahasa itu. Malahan Aishah juga turut dipanggil Aishah London oleh orang kampungnya.

Dia boleh berbahasa Inggeris sejak umur tiga tahun, masa umur dua tahun masih pelat lagi. Tapi perkataan pertama dia dulu pun dalam bahasa Inggeris.

 Saya pun rasa pelik, dia memang gifted. Aishah ni suka tengok rancangan bahasa Inggeris. Dia belajar sendiri sahaja sampai orang kampung pun panggil dia Aishah London.

Kalau naik kapal terbang atau jumpa pelancong asing, dia tarik tangan saya nak pergi tegur dan bersembang.

 Menurut lelaki yang juga peniaga ini, dia tidak mempunyai petua atau tips tertentu membesarkan Aishah, namun menekankan pendidikan agama sejak kecil. Selain itu Aishah juga menunjukkan perbezaan dari segi seleranya.

” Tak ada rahsia apa-apa, cuma jaga solat dan tekankan pendidikan agama. Macam Aishah, dari usia tiga tahun saya dah ajar solat. Saya juga tekankan pada pembelajaran al-Quran untuk dia.

” Dari segi pemakanan pun tak ada apa-apa tip, cuma selera Aishah lain sikit. Dari kecil dia suka spaghetti, pizza, keju. Kalau nasi, dua atau tiga hari sekali sahaja dia makan,” katanya. 

 Ujar Mustafa lagi, Aishah turut menunjukkan keterujaan untuk ke sekolah buat pertama kali. Malahan, Aishah juga turut mengajukan soalan peraturan sekolah kepada gurunya sebagai soalan pertama di dalam kelas.

” Dia teruja nak ke sekolah, kejutkan dia untuk bangun pagi pun senang, sekali panggil sahaja dan bangun. Soalan pertama dia pada guru kelas adalah mengenai peraturan sekolah, apa boleh buat dan apa yang tak boleh buat di sekolah.

”  Dia memang suka tanya soalan yang pelik. Pernah dia tanya saya, kenapa kita solat ada kiblat ke Makkah, tapi tak nampak Makkah pun. Jenuh nak menjawab,” katanya.- Oh Bulan. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 May 2023

Selepas Dedah Kahwin Di Luar Negara, Tash Yong Pilih Tutup Mulut – “Cara Terbaik Adalah Diam”

Diam, menyepi, berdamai dengan diri, makan & tidur – Tash Yong

Featured Wed, 12 Feb 2025

Lantang Pertahan Hak, Intan Najuwa Dituduh ‘Bitter’ & Suka Buang Masa Balas Komen Netizen

Intan tidak mahu ibu dan wanita lain di luar sana merasa diri mereka layak dihina atau dikritik.

Featured Mon, 12 Jan 2026

Aisha Retno Menangis Lagu Ciptaannya ‘Kesuma’ Didendangkan Di Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza

Aisha mengakui tidak mampu menahan sebak apabila lagu yang ditulis dan dihasilkan bersama adiknya itu didendangkan secara langsung di hadapan kira-kira 65,000 penonton.

Featured Tue, 6 Jun 2023
Hiburan Wed, 2 Apr 2025

Tahniah! Nina Ismail Sabri Umum Hamil Anak Pertama

Nina Ismail Sabri umum hamil anak pertama

Trending Thu, 15 Mar 2018

Gurauan Makan Babi Cetus Kemarahan Ramai, Wanita Ini Tampil Mohon Maaf

Video yang dimuat naik oleh Arsy Hallawi, seorang wanita berhijab penuh sedang menikmati hidangan makan tengahari iaitu daging ‘babi’ bersama roti, semalam, telah mencetuskan kemarahan umat Islam, bukan saja di kalangan rakyat di negara kelahirannya Indonesia bahkan Malaysia juga serata dunia.

Trending Thu, 25 Jun 2020
error: Content is protected !!