Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 7, 2019 @ 6:27pm

Pergh…Tiket AJL 33 Licin Dalam Masa Sejam?

Wow! Dalam tempoh satu jam sahaja, penjualan tiket aras arena Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 33 terjual habis. 

Menurut syarikat penjualan tiket AJL33, My Ticket, tiket aras Arena yang bernilai RM55 telah habis dijual dalam masa satu jam.

Pengurus Hiburan Primeworks Studios, Encik Muhamad Sufian Che Isa berkata, “Berita ini amat mengejutkan kami semua kerana kami selalunya memberikan tiket AJL secara percuma kepada orang ramai dan kelab peminat finalis.  

“ Tambahan pula, semenjak pengumuman penjualan tiket ini hari Jumaat lalu, kami turut mendapat kecaman dari pihak netizen yang mengemukakan ketidakpuasan hati mereka,” katanya.

Pihaknya positif melihat perkembangan sihat ini sekaligus membuktikan AJL masih relevan dalam industri muzik tanah air dan masih menjadi kegilaan peminat sungguhpun telah mengecapi siri yang ke-33.

Sungguhpun tiket arena (RM55) telah habis dijual, tiket AJL33 di Aras 3 dan Aras 4 masih dijual seperti biasa dengan harga RM35 (Aras 3) dan RM25 (Aras 4). Para peminat AJL 33 boleh dapatkan tiket di laman web www.myticket.asia.

Anugerah Juara Lagu 33 yang akan berlangsung pada 3 Febuari 2019 kelak, membariskan finalis-finalis hebat seperti Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Altimet, Haqiem Rusly, Syamel, Ara Johari, Kaer dan Amylea, serta ramai lagi.

Sekiranya para peminat ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan AJL33, mereka boleh layari laman media sosial @TV3Malaysia di Facebook, Instagram, dan Twitter. Mereka juga dialukan untuk menggunakan tanda pagar #AJL33 untuk menghangatkan perbualan di media sosial.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Feb 2023
Hiburan Fri, 21 Dec 2018
Hiburan Tue, 7 Oct 2025

“Pergerakan Kami Sedang Diperhatikan” – Nadzmi Adhwa Dedah Keluarga Dalam Bahaya

Pergerakan mereka termasuklah anak-anak sedang diperhatikan oleh golongan yang dilabel sebagai tali barut pihak Isr**l yang kini berada di Malaysia.

Hiburan Tue, 10 Sep 2019
Featured Wed, 23 Jun 2021

“Ah!!Sakitnya..Kenapa Bukan Andy, Jasmin?”- Netizen Kecewa Tengok Ending Single Terlalu Lama

Drama Single Terlalu Lama lakonan Ungku Ismail Aziz dan Julia Farhana Marin yang ditayangkan di slot drama Pukul 6 TV3 akhirnya menemui episod akhir. Ternyata, plot drama ini yang agak unik berjaya menyingkap kisah cinta […]

Hiburan Sun, 16 Jun 2019

Mad August Jim首次为团员亲自下厨?团员直呼有阴谋

Mad August团员Jim特别为3位摇滚爸爸安排了日本餐提前庆祝父亲节!团员们受惊,觉得 Jim 有阴谋要作弄他们 。

error: Content is protected !!