Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 21, 2019 @ 12:57am

‘Aku Sayang Abang Aku Sorang Ni, Kalau…’- Aril Pilu Tujuh Tahun Kehilangan Abang

Penyanyi Aril Pilus meluahkan kesedihan kerana terlalu merindui arwah abangnya, Allahyarham Izwan Pilus yang sudah tujuh tahun meninggal dunia.

Aril menerusi laman Instagramnya memberitahu rasa rindu terhadap abang kesayangannya itu masih menebal dan tidak pernah pudar walau sebentar.

“ Assalamualaikum semua, selamat berhujung minggu, nak kongsi sedikit rasa yang setiap insan dalam dunia ni akan lalui iaitu #KEHILANGAN orang yang tersayang.

“ Hari ini genap 7 tahun Izwan Pilus pergi meninggalkan kita mengadap ilahi, rasa #RINDU yang tak pernah pudar walau sedetik mengenangkan kenangan suka duka bersama, rasa #TERKILAN melihat ada beberapa cita-cita dan impiannya yang tak sempat tercapai. Orang ni, kalau aku pergi dulu, aku nak baring sebelah kau jugak ye bang.. aku sentiasa doakan kau.

“ Semoga tenang rohnya bersama orang2 yang beriman, aku sayang abg aku sa,” katanya yang tidak mahu menulis lebih panjang kerana tidak dapat menahan sedih.

Allahyarham Izwan Pilus meninggal dunia pada 20 Januari 2012 akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing tikus.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 22 May 2019

Artis Senior Lancar Tabung Kilat Buat Keluarga Shah Slam

Lebih RM 600 berjaya dikutip untuk diserahkan kepada keluarga Shah Slam pada Isnin lalu. Alhamdulillah…

Featured Mon, 15 May 2023
FESYEN Wed, 11 Sep 2019
error: Content is protected !!