Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 22, 2019 @ 6:34pm

Jamal Abdillah Bawa Konsert 3 Suara Ke Ipoh

Tiga penyanyi lagenda Dato Jamal Abdillah, Ameng dan Zamani bakal berkongsi semula pentas untuk konsert 3 Suara pada 6 April depan.

Menurut Dato Jamal selaku penganjur dari Binjamal Event Sdn Bhd, beliau memaklumkan pihaknya akan menyajikan konsep persembahan sama yang pernah dilakukan di Konsert 3 Suara di Panggung Sari, Istana Budaya, dua tahun lalu.

“ Saya amat teruja dapat mengulangi semula  konsert 3 Suara di lokasi lain. Menariknya, konsep persembahan adalah sama seperti konsert Istana Budaya tetapi akan ada sedikit perubahan dalam pemilihan lagu.

“ Pihak kami akan memilih lagu popular yang sesuai seterusnya menggantikan lagu yang pernah dipersembahkan di konsert lalu,” katanya kepada XTRA.

Tambahnya, konsert yang bakal diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak itu bakal menyaksikan paduan suara menerusi lagu Isabella 98, Terharu dan Gadis Melayu.

Konsert ini turut mendapat sentuhan pengarah muzik yang tidak asing lagi iaitu Raja Mohd Sham.

Lebih menarik, Konsert 3 Suara ini turut menampilkan anak sulung Jamal, Osama Yamani dan kumpulan Radiowave sebagai penyanyi undangan.

Peminat boleh mendapatkan tiket di ilassotickets.com atau hubungi di talian 03-2170 6333 dan tiket boleh dibeli bermula esok. Tiket dijual dengan harga RM 183, RM 133, RM 103 dan RM 83. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 11 Nov 2022

Tular Video Berkebun, Syamsul Yusof Nafi Ada Akaun TikTok & Facebook – “Tu Semua Fake”

Haa tu dia, jangan percaya terus apa yang kita nampak ok! Akaun TikTok Syamsul tu fake 🥵

Hiburan Tue, 23 Apr 2019

Tak Minat Tumpang Populariti Kakak, Fyna Jebat Kini Tauke Jeans

Sudah tiga tahun menyanyi di sana, banyak pengalaman yang dapat dipelajari. Kalau ada undangan di Kuala Lumpur, sekali sekala saya akan ke sini.

Featured Fri, 17 Mar 2023
Trending Sun, 19 Jun 2022

[VIDEO] “Wah Dah Macam Drama Arab” – Netizen Puji Neelofa ‘Terpeleot’ Cakap Arab

Neelofa ‘terpeleot’ cakap bahasa Arab dengan suaminya, PU Riz.

Selebriti Fri, 8 Dec 2023
error: Content is protected !!