Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 6, 2019 @ 1:21pm

Sejuk Mata Memandang, Alyah Bacakan Doa Peminat Di Tanah Suci

Penyanyi Datin Alyah kini berada di Tanah Suci Makkah menjalani ibadah Umrah. 

Menerusi laman Instagramnya, Alyah sempat memuatnaik beberapa keping gambar yang menyejukkan mata peminat memandang. Ayu sangat…

” Saya doakan buat semua yang mengirimkan doa…Alhamdulillah di depan Kaabah. Maaf saya sekalikan semua Doa. Semoga Allah SWT berikan yang terbaik buat kita semua.

” Semoga Allah SWT rahmati kita semua dunia dan akhirat. Lindungi kita dari Api neraka, limpahi rezeki kita utk berkongsi dan menghalakan kita sentiasa mencari rezeki yg halal,” katanya yang berangkat ke tanah suci Mekah pada 28 Januari lalu bersama ahli keluarganya. 

Wanita berusia 38 tahun ini turut mengingatkan pengikutnya di Instagram agar sentiasa bersilaturahim antara satu sama lain. Dalam masa sama, beliau berharap semua yang mengirimkan doa bakal menjadi tetamu Allah tidak lama lagi. 

 
 
 
View this post on Instagram

Saya doakan buat semua yg mengirimkan Doa.Alhamdulillah didepan Kaabah.Maaf saya sekalikan semua Doa Semoga Allah swt berikan yg terbaik buat kita semua.Semoga Allah swt rahmati kita semua dunia dan akhirat.Lindungi kita dari Api neraka,Limpahi rezeki kita utk berkongsi dan menghala kan kita utk sentiasa mencari rezeki yg halal.Sentiasa bersilaturahim antara sesama islam.Dan saya benar benar berharap semua yg mengirimkan doa dapat datang kesini menjadi tetamu Allah swt… Saya jg berharap ini bukan kunjungan yg terakhir saya Amen ya rabbal alamin….

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 12 Apr 2025

Video Gender Reveal Tular, Elisya Sanda Bakal Timang Baby Boy

Lebih istimewa, pasangan ini bakal menimang seorang bayi lelaki.

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

“Aku Dah Tak Kuat” – Amyza Aznan Menjerit, Menangis Seorang Diri Dalam Kereta

Dia mengakui dirinya tidak sekuat yang disangka oleh ramai pihak apatah lagi selepas berdepan ujian berat melibatkan dua anaknya dalam tempoh dua tahun berturut-turut.

Featured Thu, 19 Aug 2021

Masih Bertarung Dengan COVID-19, Fazli Zainal Kongsi Perkembangan Terkini

Umum maklum keadaan penyanyi, Fazli Zainal yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang akibat positif COVID-19. Terbaru, menerusi laman Instagram, Fazli berkongsi tahap kesihatan semasanya. “Alhamdulillah beransur pulih & nampak progress. Sabar ye […]

Featured Mon, 1 Aug 2022

[VIDEO] Insiden Lelaki Tegur Aurat Wanita Secara Terbuka, Pendapat Izara Aishah Dikecam Warganet – “Niat Untuk Menginsafkan Atau Memalukan?”

Hmm.. ada betul juga apa yang Izara cakap ni kan gais? Tak salah untuk menegur cuma kena tengok pada situasi juga.. tapi teruk juga Izara dikecam, fuhh

error: Content is protected !!