Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 13, 2019 @ 3:34pm

Mimi Gementar Jadi Artis Naungan Pertama Siti Nordiana

Biarpun tidak berjaya melangkah ke pentas Mentor 7, Mimi atau nama sebenar Shamimi Abdul Manan meluahkan rasa syukur dilamar menjadi artis pertama di bawah pengurusan Siti Nordiana, SND Soul Entertainment.

Mimi ketika dihubungi XTRA memaklumkan pada awalnya dia terkejut apabila penyanyi itu benar-benar mengotakan janji.

“ Sewaktu nama diumumkan sebagai peserta yang tidak berjaya bergelar protege Kak Nana, dia memaklumkan mahu menguruskan kerjaya seni saya selepas ini. 

“ Awalnya saya berfikir Kak Nana mungkin bergurau tetapi teryata dia serius. Saya kini bergelar artis pertama yang bernaung di bawah pengurusan syarikat milik Kak Nana. Takut ada, happy pun ya,” katanya.

Berkongsi cerita tentang single pertama, Mimi memaklumkan dia bakal masuk ke studio rakaman tidak lama lagi.

“ Tidak banyak yang saya boleh kongsi kerana masih terlalu awal. Apa yang boleh saya katakan, single pertama saya bakal dicipta oleh komposer Aizat Amdan.

“ Tajuk masih belum ada kerana ia masih belum siap sepenuhnya. Mimi hanya tunggu masa untuk masuk studio. Insya Allah, saya berdoa agar perjalanan karier seni lancar dengan adanya bantuan daripada Kak Nana dan Abang Aizat,” akhirinya.

Mimi yang merupakan pelajar jurusan Multimedia di Universiti Kuala Lumpur merupakan antara tiga peserta uji bakat yang dipilih oleh Siti Nordiana.

Perjalanan Mimi di dalam Mentor 7 terhenti di konsert pertama selepas Siti Nordiana memilih Zaaim dan Taufiq Rodzi sebagai protegenya.  

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Mar 2025

Apwiter, Afif Tirmizie Pertaruh ‘Genggam’, Gabungan Hip Hop & Warisan Melayu!

Afif Tirmizie teruja lancar lagu baharu berjudul Genggam

#ThrowbackXTRA Wed, 14 Jun 2023
Featured Fri, 28 Mar 2025
Hiburan Sun, 27 May 2018

Baju Melayu Koleksi Ery Putra

Baju Melayu Koleksi Ery Putra di kritik netizen kenapa ye?? Apa yang tidak cantik atau lawa dengan koleksi kali ini

Hiburan Fri, 25 May 2018

Kenapa Sajat Marah?

Bagi Sajat, beliau kurang selesa kerana solekan dan baju yang dikenakan tidak sesuai. Dan, disebabkan hal tersebut beliau malas mahu meneruskan penggambaran seperti yang dijanjikan

Hiburan Sat, 8 Jun 2019

Sarung Tudung Nampak Leher, Sissy Iman Kecewa Diselar Netizen

Nak tegur, kenalah tahu adab. Tak gitu?

Hiburan Wed, 20 Jun 2018

Shawn Mendez Updates on Collaboration Works with BTS

There’s more amazing music to come from both artists.

Hiburan Mon, 11 Feb 2019
error: Content is protected !!