Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin February 20, 2019 @ 11:17am

“Kami Cari Bakat DFKL2019 Macam Shah Rukh Khan” – Datuk Rosyam Nor

Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL2019) sekali lagi bakal menemui peminatnya untuk tahun keenam pada tahun ini. Dengan tema #Positif Selalu, DFKL2019 turut memperkenalkan barisan juri profesional untuk menapis 20 bakat baru yang bakal mewarnai industri seni tanah air.

Dan, bagi Datuk Rosyam Nor sendiri selaku juri bagi 20 bakat yang disenarai pendek melalui sesi ujibakat di kesemua siri jelajah  DFKL 2019 nanti bagaimanapun, berharap agar peserta yang datang ke ujibakat bengkel yang dikendalikan oleh Rosyam Nor ini tidak mengharapkan dunia glamor sahaja malah,  sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi realiti kehidupan seorang artis.

“Sebagai seorang pelakon yang sudah terlibat dalam dunia lakonan selama 36 tahun saya mahu mereka yang datang ke bengkel saya bukan hanya melihat kepada warna-warna indah dalam industri tetapi mereka juga harus tahu tentang warna-warna kelam yang harus mereka lalui untuk mendapatkan yang indah-indah itu” Katanya

Mengakui DFKL adalah platform untuk mencungkil bakat-bakat baru, Datuk Rosyam juga turut berkongsi beberapa kriteria yang diperlukan untuk mereka diluar sana yang ingin datang ke ujibakat DFKL2019 nanti.

Barisan juri dan para pelakon yang tercalon dalam DFKL2019

Sebagai seorang yang berpengalaman dalam industri seni tanah air, semestinya Datuk Rosyam Nor mencari seorang figura yang lebih baik daripada barisan pelakon yang sedia ada termasuklah, mereka yang mempunyai disiplin yang tinggi, berketerampilan selain mempunyai rupa paras yang elok untuk diangkat sebagai hero mahupun heroin dalam industri.

“Kalau boleh kita nak cari seorang yang paling hebat daripada kami semua. Yang lebih berdisiplin, cantik, handsome. Kerana saya sudah lama menantikan satu figura yang sepatutnya kita angkat sebagai hero atau heroin masa kini yang dah lama tak ada. Macam Shah Rukh Khan.” Tambahnya.

Selain Datuk Rosyam Nor, Eirma Fatimah dan Shahrulezad juga turut terlibat bagi 20 bakat yang telah disenarai pendek di semua siri jelajah DFKL2019.

Jadi, apa tunggu lagi, nantikan siri jelajah #DFKL2019 yang akan datang dan stay tune untuk ketahui lokasi & tarikh serta aktiviti lain yang menarik okay!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Jan 2020
Featured Wed, 17 Dec 2025

Hutang Tak Berbayar Cecah RM51,000… Eric Fuzi Terpaksa ‘Auto Diet’ Gara-Gara Baki Akaun Tinggal RM125.65

Eric secara terbuka meluahkan rasa kecewa apabila wang RM51,000 masih belum dilunaskan.

Featured Fri, 3 Feb 2023

[VIDEO] Harris Annuar & Asha Merican Bakal Timang Cahaya Mata Pertama – “Mohon Doa Yang Baik-Baik”

Wahh Alhamdulillah 🤩🤩 Tahniah @harrisannuar & isteri, @ashamerican ❤️❤️ Moga dipermudah segalanya ❤️

Hiburan Mon, 4 Feb 2019

Pentas Macam Pelamin Kahwin, Sufian Suhaimi Nafi Sindir Sesiapa

Mana ada perli lah, Pian menghayati lagu je pun, sebab tu lah…

Hiburan Fri, 22 Nov 2019

“Ada Peningkatan Tapi Perjalanan Masih Jauh” -Abby Abadi

Alhamdullillah! Berkat doa insyaAllah Baby D akan semakin sihat

Hiburan Wed, 19 Apr 2023

TV3 & TV9 Bakal Menyajikan Program Program Menarik Sempena Syawal

Jangan lupa saksikan pelbagai program menarik syawal ini di TV3 dan TV9!

Featured Sun, 19 Jun 2022
error: Content is protected !!