Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 13, 2019 @ 12:52pm

Izzmad Harun Tak Kecil Hati Cuma…

Susulan kenyataan komposer lagu Bisa Pertama, Bayeng Black yang ‘merehatkan’ penyanyi asal lagu berkenaan, penyanyinya Izzmad Harun mengaku tidak berkecil hati.

Kata Izzmad atau nama sebenarnya Mohd Hazwan Bin Harun, dia turut menafikan dakwaan tidak mempromosikan lagu ini dengan baik.

” Saya dimaklumkan oleh peguam di mana peguam Abang Black mengeluarkan surat mengenainya pada 8 Mac 2019 mengenai isu ini.  Difahamkan, saya dikehendaki menghentikan sebarang promosi untuk lagu ini. Dalam masa sama, saya turut diminta mengaitkan lagu ini dengan nama saya.

“ Sebagai penyanyi, saya menghormati keputusan Abang Black. Itu lagu beliau dan saya akur dengan keputusannya,” katanya kepada XTRA.

Akui penyanyi berusia 25 tahun ini, dia cuba menghubungi untuk mengadakan perbincangan bersama dengan komposer berkenaan.

“ Ada ajak untuk bawa berbincang tetapi tiada jawapan dari pihak sana. Jujurnya saya okay tiada masalah dengan beliau.

“ Cuma ada sedikit ralat sebab tak dapat berbincang. Ya lah, saya habiskan masa empat bulan untuk persiapan menyanyikan lagu ini. Banyak juga job saya tolak sebelum ini demi Bisa Pertama. Tak apalah, mungkin ada rezeki lebih baik menanti di depan,” akhirinya ikhlas.

Dalam perkembangan lain, Izzmad kini sedang rancak mempromosikan lagu Saat Kau Jauh.

Terdahulu, komposer lagu Bisa Pertama yang dilancarkan pada 4 Disember tahun lalu, Beyang Black mengambil keputusan ‘merehatkan’ penyanyi asal dan menggantikan dengan penyanyi Ucop (Bukan Sekadar Rupa) dan Irwan (Mentor Otai).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 27 Feb 2019
Hiburan Wed, 28 Feb 2018

Gara-Gara Akaun Instagram, @boss_ned Warning Netizen?

Nedim memaklumkan bahawa, baby Ney Ney tidak akan ada akaun sendiri melainkan bila Ney Ney sudah besar dan boleh memilih sendiri sama ada mahu menjadi public figure ataupun hidup in a private life

Hiburan Sun, 2 Sep 2018

录制第二首单曲《别说再等一下》李俊颉爆哭

疗愈系暖男歌手Victor李俊颉于今年中推出父亲节单曲《记得我爱你》意外地得到好评,如今乘胜追击再推第二首单曲《别说再等一下》。

Hiburan Tue, 4 Dec 2018

Dari Penyanyi Popular Ke DJ Orang Kahwin, Siapa Orangnya?

Tidak salah menjadi deejay kenduri kahwin kerana masih dalam bidang yang masih berkaitan dengan seni

Hiburan Thu, 31 Jan 2019
error: Content is protected !!