Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 13, 2019 @ 7:26pm

Tiga Episod Menuju Final, Leftenan Zana Raih 10 Juta Penonton!

Belum pun habis siarannya, drama Leftenan Zana lakonan utama oleh Janna Nick telah meraih 10 juta tontonan sepanjang 10 episod bersiaran!

Malah bukan sahaja di kaca TV, sambutan hangat ini turut dirasai di laman Youtube @TV3Malaysia & Drama Sangat sehingga memperoleh 6 juta tontonan.  (sumber Nielsen Audience Measurement).

Menurut Pengurus Besar, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri memaklumkan drama ini mendapat penerimaan yang sangat baik oleh rakyat Malaysia sehingga berjaya meraih 10 juta tontonan walaupun masih berbaki 3 episod lagi.  

“ Kami menerima komen positif yang sukakan jalan cerita yang berkisarkan mengenai suka duka pelatih Angkatan Tentera Malaysia ini. Drama ini tidak hanya mendapat perhatian rakyat Malaysia, malahan drama ini turut diikuti oleh penonton daripada negara jiran seperti Singapura dan Indonesia.

” Lebih membanggakan lagi, ramai ibu bapa yang berkongsikan video anak-anak mereka yang melakonkan semula babak-babak ketenteraan dalam drama ini.

” Pujian juga banyak dilemparkan kepada para pelakon drama ini yang berani menyahut cabaran pihak produksi iaitu JS Pictures Sdn Bhd untuk membawakan watak yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental.

” Kami berterima kasih pada pihak produksi kerana bertungkus lumus menghasilkan naskah berkualiti dan jutaan terima kasih juga buat penonton yang menyokong drama ini. Sokongan anda amat dihargai dan diperlukan untuk menghasilkan sebuah drama yang mempunyai kelainan tersendiri.”

Leftenan Zana arahan Azman Hj. Yahya  ini mengisahkan mengenai impian Zana (Janna Nick) yang bercita-cita mahu menjadi anggota tentera tetapi cita-citanya itu tidak direstui bapanya Mejar (B) Rahmat (Hairie Othman).  Rahmat lebih mengharapkan Zaidi, anak lelaki sulungnya untuk menyambung legasinya tetapi Zaidi tidak berminat dan kerana itu juga Zaidi dan Rahmat sering bertelagah.

Walaupun dihalang, Zana tekad untuk meneruskan cita-citanya dan dalam diam telah membuat permohonan dan akhirnya terpilih untuk menjadi pelatih anggota tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Rahmat terkejut dengan tindakan Zana yang memohon tanpa pengetahuannya. Rahmat pasti Zana tidak akan bertahan lama di sana.

Ternyata apa yang dikatakan oleh bapanya tentang kepayahan di kem, semuanya benar. Selain Sarjan Qamar (Sheila Rusly) yang menggerunkan, Zana tertekan dengan pelbagai latihan yang memenatkan fizikal dan mental.

Di kem juga Zana turut dibuli oleh Raz (Tunku Hanis) yang membencinya. Keazaman Zana semakin menipis lebih sehingga dia melarikan diri tetapi ditangkap dan menerima hukuman oleh Sarjan Qamar.

Sejak itu Zana bertekad untuk berusaha untuk menjadi yang terbaik walau apa pun halangan yang mendatang lebih lebih lagi apabila menerima nota rahsia yang memberi kata-kata semangat kepadanya.

Teruskan menonton Leftenan Zana yang dibarisi pelakon hebat seperti Janna Nick, Sheila Rusly, Redza Rosli, Tunku Hanis, Hairie Othman yang akan tamat pada 15 Mac ini  pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, jam 9.00 malam hanya di TV3. Atau boleh menonton terus di Youtube Drama Sangat Official dan Youtube TV3 Malaysia! Klip-klip mearik dari artis kesayangan korang pun ada! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Little Miss Khan Mohon Maaf!

Menurut Amira sendiri beliau memohon maaf menerusi akaun instagram nya berhubung rakaman video tersebut. Menurut Amira, apa yang diucapkan nya itu sama sekali tidak disengajakan. Dan, baginya bukan niat untuk mencetuskan kemarahan mana-mana pihak

Featured Tue, 5 Aug 2025

“Jangan Sampai Kamu Yang Nampak Baik Kena Salai Dulu Dalam Neraka” – Ibu Puteri Balqis

Aqish kesal dengan komen kesat yang dilemparkan warganet terhadapnya.

Featured Tue, 9 Jul 2024
Hiburan Thu, 9 Nov 2023
Hiburan Wed, 5 Jul 2023

“Terima Kasih Telah Mendukung Saya” – Akaun Instagram Tinggal Satu Gambar, DP Lenyap… Ada Apa Dengan Judika?

Alamak! Judika ok ke tak ni? Hm.. ke ada nak umum berita gembira buat kita semua?

Hiburan Sun, 23 Dec 2018

Wany Hasrita Selesa Keluar Zon Selesa

Saya tidak mahu lagi bakat diperkecilkan.

error: Content is protected !!