Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 15, 2019 @ 8:04pm

Kurang Dikenali Di Malaysia, Yura Pasang Strategi!

Nama penyanyi Yura Yunita mungkin tidak sekuat nama penyanyi Indonesia lain seperti Kris Dayanti atau Rossa di sini.

Namun ia tidak menjadikan masalah buat pelantun yang mula dikenali menerusi lagu Cinta dan Rahasia ini untuk terus mencuri perhatian pendengar tanah air.

Buktinya, Yura menerima tawaran membuat persembahan di konsert Siti Nurhaliza On Tour pada hari esok dengan mendendangkan dua lagu hitsnya.

“ Walaupun nama saya kurang dikenali di sini tetapi dengan kehadiran 10,000 orang penonton yang dijangka hadir di konsert esok mungkin membantu platform saya di sini. Siapa tahu kan?,” katanya ceria.

Yura turut berkongsi pengalaman duka dilaluinya sebelum menempa populariti di dalam industri muzik tanah air.

“ Sebelum tampil dengan dua buah album, saya pernah berdepan dengan fasa kegagalan.

“ Saya yakin ramai di luar sana yang pernah melalui hal yang sama. Tetapi percayalah, Tuhan pasti memberikan jalan dengan cara sederhana tanpa kita sedar,” katanya.

Selesa tampil dengan irama Jazz dan Broadway, Yura berharap single terbarunya berjudul ‘Merakit’ dapat diterima pendengar di sini.

“ Lagu itu meninggalkan kesan cukup mendalam dan memiliki banyak kisah sedih disebaliknya. Saya terinspirasi menghasilkan lagu Merakit selepas menemui beberapa anak-anak kurang upaya di sebuah Yayasan di Bandung.

“ Hati saya cukup tersentuh melihat kesungguhan mereka untuk bergelar penyanyi meskipun sedar akan kekurangan.

“ Sejak itu saya mula percaya tiada apa yang mampu menghalang untuk seseorang berjaya melainkan diri sendiri. Semangat anak-anak ini membuatkan saya terus kuat sehingga saat ini,” akhirinya.

Yura turut menjemput empat kanak-kanak kurang penglihatan dari Yayasan Tunanetra untuk turut menyumbangkan suara dalam lagu Merakit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Aug 2022

Amir Masdi Dapat Restu Ella Nyanyikan Semula Sepi Sekuntum Mawar Merah

Wah Ella pun dah bagi restu rakaman semula lagu ni. Mesti best kan? Jangan lupa untuk dengarkan!

Featured Fri, 3 Apr 2026

Isu Hak Lawatan Fatima, Mahkamah Tolak Permohonan Fattah Amin – “Tak Ada Sebab Kenakan Tindakan Pada Fazura”

Susulan isu tular di platfrom Threads berkenaan tindakan undang-undang yang diambil pelakon Fattah Amin terhadap bekas isterinya, Fazura peguam yang mewakili aktres itu iaitu akhrul Azmam Abu Hassan akhirnya tampil memberikan respons.

Featured Wed, 2 Apr 2025

Tak Ada Menu Wajib! Syafiq Kyle & Mimi Lana ‘Enjoy’ Rancang Juadah Raya Bersama

Syafiq Kyle dan Mimi Lana sambut syawal dengan besederhana.

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

Ani Mayuni Sebak, Anak Ditampar Dan Disepak

Diharap Kak Ani sentiasa tabah dengan dugaan yang menimpa

Featured Sun, 24 Dec 2023
Featured Mon, 21 Aug 2023
error: Content is protected !!