Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 18, 2019 @ 12:19pm

Ketengah Tema Lagu Kahwin, Zero Bakal Keluar Single Selepas Raya Aidilfitri

Pelawak Sharif memaklumkan dia bersama kumpulan Zero bakal masuk ke studio rakaman untuk menyiapkan single pertama mereka tidak lama lagi.

Kata Sharif yang ditemui di konsert ketiga Bintang Bersama Bintang 2019, Sharif serta adik beradiknya Artu dan Syaiful merancang tampil dengan single selewatnya selepas Raya Aidilfitri.

“ Rancangan itu memang dah lama ada cuma menunggu masa sesuai. Saya dan Artu menetap di Kuala Lumpur manakala Syaiful berulang alik dari Sabah. Jadi kami sedang menetapkan masa sesuai untuk masuk ke studio rakaman.

“ Lagu sudah ada. Sebagai kumpulan pelawak, lagu kami juga menyelitkan elemen komedi tetapi liriknya berat dengan nasihat,” katanya kepada XTRA.

Menjadikan kumpulan Senario sebagai contoh, Sharif turut berkongsi konsep lagu yang bakal diketengahkan.

“ Sekarang ni kalau kita sedar, lagu kahwin seakan kurang. Ada tapi banyak lagu-lagu lama.

“ Kami mahu menggunakan kesempatan menghasilkan lagu yang sesuai dimainkan di majlis perkahwinan.

“ Kalau boleh, saya mahu lagu kumpulan Zero dikenali atau sinonim dengan majlis-majlis perkahwinan,” katanya bersemangat.

Tambah Sharif, beberapa lagu yang mengangkat komedi berunsur nasihat ini berkemungkinan boleh didengarkan selepas Aidilfitri nanti.

Buat Sharif, tahniah bergelar juara mingguan di konsert minggu ketiga Bintang Bersama Bintang 2019 yang melayakkannya membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000. Syukur, Alhamdulillah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 May 2023
Hiburan Wed, 22 Aug 2018

Kali Ini Gimik Murahan Dari Daiyan Trisha

“Gimik Murahan Daiyan Trisha Setaraf Haqiem Rusli”

Featured Tue, 2 Sep 2025
Drama Thu, 15 Dec 2022

Redza Rosli Tiada Niat Sakiti Scha Elinnea

Alamak kenapa Scha Elinnea disakiti Redza?

Filem Thu, 2 Jan 2020
Hiburan Fri, 24 Nov 2017

ADA APA DENGAN KUMPULAN DAMASUTRA – AIR MATA ROHINGYA

Dana yang dikutip akan disalurkan terus kepada warga Rohingya yang ditempatkan di Kem Perlindungan Cox Bazar, Bangladesh dan kepada program INSAF di seluruh Malaysia.

Hiburan Tue, 19 Mar 2019

Tiada Lagi Sambutan Meriah, Azharina Hormat Keadaan Bapa Di Hospital

Semoga Azharina terus dikurnia kesihatan lebih baik dan bahagia di samping anak-anak tersayang. Insha Allah…

error: Content is protected !!