Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi February 15, 2023 @ 1:41pm

Nafi Ambil Botox, DJ Dave Dedah Tips Kekal Awet Muda Di Usia 75 Tahun – “Saya Ikut Nasihat…”

Penyanyi terkenal, Datuk DJ Dave menyatakan dia tidak pernah menerima sebarang suntikan atau rawatan tertentu untuk kekal awet muda biarpun usianya kini mencecah 75 tahun.

Memetik laporan mStar, DJ Dave atau nama sebenarnya Irwan Shah Abdullah turut berkongsi dia hanya mengamalkan gaya hidup sihat seperti mengambil vitamin dan bersenam.

“Tidak! Saya tak pernah buat perkara seperti itu. Saya tak pergi ambil suntikan untuk awet muda. Saya tak bohong!

“Saya tak pernah buat botox atau apa pun. Saya cuma bersenam di rumah dengan kerap dan tidak pergi ke gim. Saya juga mengamalkan makanan seimbang kerana bagi saya kita perlu bakar kalori yang kita ambil dari makanan kita.

“Tak lupa saya ambil vitamin seperti vitamin C dan D. Saya akan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Saya juga sukakan ulam selain mengurangkan pengambilan daging danbanyak makan ikan kerana ia penting,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Masa Merubah Segalanya ini tidak lokek untuk berkongsi tips untuk kekal aktif.

“Saya ikut nasihat ayah saya yang mana kalau nak melakukan sesuatu lakukan dengan baik jangan lakukan sesuatu yang boleh mendatangkan musibah kepada diri sendiri.

“Saya senang hati berkongsi tips ini dengan orang lain, tiada rahsia untuk saya kekal sihat,” ujarnya.

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 7 Jul 2025
Featured Thu, 18 Mar 2021
Featured Sat, 3 Dec 2022

Jangan Mudah Leka, Ini Nasihat Fathi Hussein Kepada Anak Muda

Pempengaruh Fathi Hussein yang juga merupakan seorang guru, terkenal dengan teknik mudahnya dalam menguasai mata pelajaran matematik tambahan. @mcplus.myawak hanya ada masa sekarang sahaja untuk lakukan yang terbaik ✨♬ original sound – mcplus.my Menerusi perkongsian […]

Featured Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Wed, 5 Jul 2023
Featured Mon, 27 Oct 2025

“Tolong Jangan Gunakan Anak Sebagai Alasan Untuk Tangguh Proses Perceraian” – Linda Hashim 

Linda Hashim menegaskan, anak-anak tidak sepatutnya dijadikan alasan atau dikaitkan dengan kemelut rumah tangganya bersama suami yang juga pelakon, Beego.

Hiburan Tue, 19 Nov 2024
error: Content is protected !!