Era Of Live Party Tampil Memukau Dengan 3 Lagu ‘Berhantu’ Calum Scott
Pelantun suara bagi lagu You Are The Reason ini semestinya antara yang dinanti-nantikan oleh semua tetamu yang hadir pada malam Era Of Live Party yang dibawakan khas oleh Samsung dan E! oleh Media Prima TV Networks secara eksklusif!
Mendendangkan lagu popular miliknya iaitu You Are The Reason, No Matter What, dan Dancing On My Own, membuatkan peminat dan tetamu yang hadir tidak ketinggalan merakamkan momen manis tersebut bersama penyanyi bersuara lunak ini.
Popular menerusi program realiti nyanyian ketika membawakan lagu asal dari Robin Miriam Carlsson berjudul Dancing On My Own, Calum Scott sekaligus menempa namanya tersendiri apabila berjaya mendapat Golden Buzzer pada sesi ujibakat itu.
Haa, dah alang-alang kita bagi info pasal Calum Scott ni, korang jangan lupa pula untuk saksikan E! News terbitan Media Prima Networks yang bakal menemui peminatnya pada setiap hari Isnin, jam 9 malam hanya di saluran Youtube TV3!
So, makesure korang tak terlepas berita-berita hangat semestinya hanya di E! News
Mungkin ramai dalam kalangan peminat generasi kini lebih mengenali Lufya Omar sebagai seorang pelakon. Mereka yang mengikuti perkembangan karier wanita ini sejak awal kemunculan pula pastinya mengetahui bakat seni Lufya mula dicungkil menerusi program realiti […]
Siapa sangka setelah sekian lama program One In A Million (OIAM) tak bersiaran, ianya kini kembali menjadi fenomena besar dalam industri penyiaran negara. Bayangkanlah, rancangan Calpis Soda OIAM menjadi bualan orang ramai di pelbagai platform media […]
Penyanyi, pengacara dan pelakon, Alif Satar mengakui tidak lagi sendiri dalam mewarnai karier muziknya. Semakin selesa bergerak secara berkumpulan bersama The Locos, mereka kini dikenali dengan nama Alif Satar & The Locos. “Sejujurnya, sebagai seorang […]