Euforia Bola 2026
Program TV By: Intan Mahsuri January 28, 2025 @ 12:04pm

Trending!!! Calpis Soda OIAM Catat 10.6 Bilion Capaian Digital & 8.5 Juta Tontonan Selama 6 Minggu Berturut-Turut!

Siapa sangka setelah sekian lama program One In A Million (OIAM) tak bersiaran, ianya kini kembali menjadi fenomena besar dalam industri penyiaran negara.

Bayangkanlah, rancangan Calpis Soda OIAM menjadi bualan orang ramai di pelbagai platform media sosial sehingga mencatat 10.6 bilion capaian digital, 8.5 juta tontonan TV dan trending #1 dekat X selama 5 minggu berturut-turut.

Dahsyat betul penangan yang Calpis Soda OIAM kali ini.

Bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9 malam. Calpis Soda OIAM tampil dengan konsep yang berbeza dengan OIAM sebelum ini.

Jika sebelum ini, OIAM hanya fokus kepada pertandingan nyanyian, namun kali ini Calpis Soda OIAM turut menyentuh kisah hidup para peserta.

Walaupun, sebahagian bingkisan kisah kehidupan peserta mendapat kritikan netizen tapi dalam masa yang sama sebilangan netizen lagi berpendapat bahawa inilah yang menjadi rencah dan membawa kelainan terhadap program ini.

Drama… drama & lebih drama!

Bukan itu sahaja korang, Calpis Soda OIAM ni setiap minggu ada je drama yang korang tak kan sangka. Persembahan peserta pun tak kurang hebatnya. Semua power! Masing-masing tak nak kalah.

Min sendiri pun excited tunggu part penyingkiran sambil berdoa peserta kegemaran min terselamat. Apa yang pasti setiap episod penuh dengan kejutan dan aksi. Macam-macam kerenah peserta yang korang akan saksikan.

So, korang takkan pernah rasa bosan!

Kerenah barisan juri buat penonton tak kering gusi!

Juri Calpis Soda OIAM pun tak pernah mengecewakan. Macam-macam kerenah diorang ni.

Min memang tabik hormat dengan juri Calpis Soda OIAM sebab diorang bukan je bagi komen membina dari segi nyanyian tapi turut memberi semangat kepada peserta-peserta ketika berhadapan kritikan pihak luar.

Walaupun Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, dan Cakra Khan merupakan penyanyi tersohor di Malaysia dan Indonesia tapi mereka humble erghhhh… Komen baik-baik, kadang tu siap buat lawak lagi. Memang lurveeee. Kita yang tengok pun enjoy je.

Menjelang pentas separuh akhir, 5 peserta bakal berentap.

Saksikan kehebatan persembahan Jimi, Kai Deva, Mariam, MaryGrace, dan Zazzleen. Katanya, masing-masing dah tak sabar nak tunjuk taring dan memberikan persembahan terbaik demi menjayakan tema Melodi Cerita Kita pada minggu hadapan.

Bukan itu je, jangan lepaskan peluang untuk menjadi peserta terpantas yang menjawab soalan bagi peraduan Calpis Soda OIAM dimana korang berpeluang membawa pulang sebuah kereta Peugeot Landtrek.

Maklumat lanjut boleh didapati semasa rancangan Calpis Soda OIAM bersiaran langsung.

Jadi, pastikan setiap ahad, jam 9 malam korang tonton Calpis Soda OIAM, sebuah pertandingan nyanyian paling Gempak di tahun ini.

Selamat menonton korang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Fri, 28 Oct 2022

Kecil-Kecil Dah Tampan! Baru Sambut Birthday 2 Tahun, Penampilan Anak Ruzaini Jamil Curi Perhatian

Pereka fesyen popular, Ruzaini Jamil menyambut ulang tahun anak sulungnya, Rahil yang berusia 2 tahun, semalam. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh pereka fesyen jenama Rizman Ruzaini itu di laman Instagram, dia mengucapkan rasa syukur […]

Featured Mon, 29 Jan 2024
Events Sun, 29 Jun 2025

Bilal Indrajaya Pembuka Tirai Panggung Purnama: Fasa 1 ‘Main Kasar’ Di Zepp KL

Bilal Indrajaya, yang diumumkan sebagai pengisi utama bagi fasa pertama ‘Main Kasar’ menjelang konsert

Featured Sun, 18 Apr 2021

Vaksin Kepada Petugas Media Dalam Fasa Kedua

Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dijadualkan bermula esok justeru, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sudah memohon supaya petugas media turut diberi keutamaan dalam mendapatkan vaksin COVID-19. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin […]

LIFESTYLE Tue, 7 Aug 2018

Cool! The Golden Bridge Mungkin Tempat Percutian Pilihan Anda Lepas Ni

Tahukah anda bahawa The Golden Bridge yang terletak di pinggiran Da Nang, Vietnam mempunyai panjang 150 meter dan terletak pada paras 1400 meter dari dasar laut

Hiburan Mon, 21 Apr 2025

“Dia Bukan Mata Duitan” – Anggap Seperti Sahabat, Bonda Rozita Tampil Pertahankan Isteri Aliff Syukri

Bonda Rozita anggap Shahida seperti sahabat, banyak dengar kisah duka

Hiburan Fri, 15 Jun 2018

Wow! Che Ta Gayakan 20 Persalinan Raya Ini

Pada mulanya, kami merancang hendak beraya di Australia, tetapi disebabkan anak-anak ada peperiksaan, maka perancangan dibatalkan.

Selebriti Tue, 12 Sep 2023
Hiburan Sat, 17 May 2025

Kongsi Pengalaman Terima Kotak Misteri Guna Dron, Rupanya Elizabeth Tan Minat Permainan Video Sejak Kecil

Minat Lizzy terhadap dunia permainan video timbul hasil pengaruh abangnya sendiri yang aktif bermain game.

Filem Mon, 6 May 2024
error: Content is protected !!