Events By: SGMS Faida March 26, 2019 @ 3:21pm

Ini Senarai Pemenang Drama Pendek DFKL Peringkat Sekolah Menengah, Tahniah!

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Drama Pendek DFKL 2019 peringkat sekolah menengah dan Sesi Kongsi Idea DFKL 2019 telah disiarkan secara langsung semalam menerusi Malaysia Hari Ini dan laman media sosial Facebook MHI TV3.

Majlis yang dikendalikan oleh pengacara Hanif Miswan itu dihadiri oleh para pemenang dari SMK Tok Janggut (Kelantan), SMK Sri Bintang Selatan (Kuala Lumpur), SMK Sri Maharajalela (Kelantan) serta enam peserta Sesi Kongsi Idea DFKL 2019 dan wakil-wakil syarikat penerbitan seperti Along Kamaludin, Feroz Kadir, Jalena Rejab, dan ramai lagi. Majlis ini turut disempurnakan oleh Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama Dan Rancangan TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Siti Nurlisia Mohd Nadzri sebagai penyampai hadiah kepada pemenang.

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama Dan Rancangan TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berbangga dengan pencapaian para peserta aktiviti-aktiviti DFKL 2019 bagi kategori pertandingan drama pendek, sesi kongsi idea, dan uji bakat lakonan.

” Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada SMK Tok Janggut kerana sekali lagi memenangi Pertandingan Drama Pendek DFKL 2019 peringkat sekolah menengah. Selain itu, kami juga amat berbesar hati untuk menerima lapan idea baharu dari peserta Sesi Kongsi Idea untuk dijadikan telefilem.

” Tambahan pula, jumlah penyertaan sesi uji bakat lakonan DFKL yang telah menjangkau lebih 500 orang peserta juga membuahkan hasil kerana kami baru sahaja selesai Bengkel DFKL pada hari Jumaat – Ahad (semalam). Kami dapati para peserta bengkel yang kami senarai pendek kali ini lebih berbilang kaum dan  mempunyai minat dalam lakonan yang amat hebat. Insya Allah, wajah-wajah mereka akan menghiasi kaca televisyen tidak lama lagi.” ujarnya lagi.

Drama Festival Kuala Lumpur 2019 yang telah berlangsung bermula pertengahan Januari lalu, semakin hampir ke penghujungnya. Antara aktiviti yang mendapat sambutan hangat adalah pertandingan drama pendek DFKL 2019 dan Sesi Kongsi Idea DFKL 2019. Kini, DFKL 2019 telah kenal pasti tiga pemenang Pertandingan Drama Pendek DFKL 2019 Peringkat Sekolah Menengah dan lapan idea dari Sesi Kongsi Idea DFKL 2019.

Tempoh penyertaan Pertandingan Drama Pendek DFKL 2019 telah berlangsung daripada 15 Januari 2019 hingga 1 Mac yang lalu, membuka peluang kepada anak-anak muda untuk berkarya dalam menghasilkan drama pendek berdurasi 3 – 5 minit yang bertemakan ‘Realiti Dunia Media Sosial’. Setelah menerima banyak penyertaan, tiga karya terbaik dari kalangan penyertaan sekolah menengah telah dipilih sebagai pemenang pertandingan ini. Senarai pemenang peringkat sekolah menengah adalah seperti dalam jadual berikut:

Selain itu, DFKL 2019 juga telah menjalankan Sesi Kongsi Idea DFKL 2019 di setiap lokasi Siri Jelajah DFKL 2019 di Management Science University, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Sri Pentas, dan IOI City Mall sepanjang bulan Mac. Diadili oleh Datuk A. Aida setiap sesi, lapan idea terbaik telah dipersetujui untuk diangkat menjadi telefilem. Lapan cerita tersebut adalah seperti dalam jadual berikut;

 

BIL

NAMA PESERTA

TAJUK

PRODUKSI

1

SYAFIQ MOHD

NASI DAN TELUR

AIDA PRODUCTION SDN BHD

2

EIFA AZREENA

KISAH HIDUPKU

AL HIDAYAH PRODUCTION SDN BHD

3

AMALINA NATASHA

ASMR

FJ PICTURES SDN BHD

4

ZUHRA ZULKIFLI

OBSESSION

LAYAR CERITERA SDN BHD

5

JANNA NICK

ISTIKHARAHKU

LUQSAR KREATIF SDN BHD

6

SHAHNAS PUTRA

HANTU PENUNJUK JALAN

LAYAR CONSULT SDN BHD

7

KAMARIAH OSMAN

ANGKARA SELFIE

(AWAK, JOM KITA CHATTING)

COUNTRY & UNIVERSAL SDN BHD

8

WAN IZAR HAIZAN

ARA

PADI PICTURES SDN BHD

 

 

KEDUDUKAN PEMENANG (HADIAH)

TAJUK DRAMA PENDEK

NAMA SEKOLAH

Tempat Pertama

(RM1,000)

Validasi

SMK Tok Janggut, Pasir Puteh, Kelantan

Tempat Kedua

(RM 700)

Redemption

SMK Seri Bintang Selatan, Kuala Lumpur

Tempat Ketiga

(RM 400)

Choice

SMK Sri Maharaja, Pasir Puteh, Kelantan

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Oct 2021

“Sedih, Kesal, Kecewa Dalam Uber Cup Kali Ini, Tapi…” – Teoh Mei Xing Luah Perasaan Di Instagram

Pasukan badminton wanita kebangsaan menamatkan kempen Piala Uber dengan pelbagai pengalaman yang dipelajari setelah tewas dengan pasukan dari China, Denmark dan Canada. Menurut pemain badminton kebangsaan, Teoh Mei Xing, dia sedih, kesal dan kecewa tetapi […]

Hiburan Mon, 25 Dec 2017

《RM》不能停播的理由?一张图令韩国网友服了

根据台湾媒体《星光云》的报导,韩国综艺节目《Running Man》原宣布于2月停播,不过后来6位成员刘在石、哈哈、金钟国、宋智孝、李光洙、池锡辰等主持群决定「跑下去」,并加入新血梁世灿、全昭旻。虽然在复播后,低迷的收视成为关注焦点,不过近日有网友PO出一张图表,成功解释“《RM》不能停播的理由”。

Hiburan Wed, 6 Feb 2019

Sufian Suhaimi Tampil Jawab Isu Gambar Intim

Jangan cepat melatah wahai peminat-peminat Sufian Suhaimi!

Events Thu, 23 Nov 2023

Neelofa Mengaku Tertekan, Konflik Negara Bergolak Punca ‘Supply’ Susu Badan Terganggu 

Golongan wanita memang tak boleh rasa pressure. Confirm kacau semua benda.😥

Hiburan Wed, 16 Oct 2019
Hiburan Tue, 7 Nov 2023