Euforia Bola 2026
Hiburan By: Ad Ops March 28, 2019 @ 5:37pm

BTS Bakal Muncul Dengan Kolaborasi Baru Bersama Gwen Stefani?

Baru sahaja mengumumkan kolaborasi antara RM BTS dan Honne, BTS sekali lagi membuat kejutan apabila dikatakan bakal muncul dengan kolaborasi bersama penyanyi Hollywood otai, Gwen Stefani! what?!

Menurut Koreaboo, kelab peminat BTS yang dikenali sebagai Army menyedari perkara ini apabila kumpulan BTS dan Gwen Stefani mula mengikuti satu sama lain di laman Twitter. 

Walaupun masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada kedua-dua belah pihak tetapi ternyata ARMY sangat teruja dengan kemungkinan kolaborasi ini. Khabar angin ini semakin kuat bertiup apabila BTS juga pernah berkolaborasi bersama artis Amerika terkenal seperti Steve Aoki, The Chainsmokers and Fall Out Boy.

Malah, Army turut meramalkan kemungkinan  BTS akan membuat persembahan secara langsung di siri televisyen realiti Amerika terkenal iaitu The Voice bersama Gwen Stefani berikutan Gwen menjadi juri utama rancangan realiti itu.

Walaubagaimanapun, kolaborasi antara RM BTS dan Honne menerusi lagu Crying Over You telah mencapai sebanyak 10 juta streaming di Spotify dan kini berada di kedudukan ketiga trending di laman Twitter.

Crying Over You, kolaborasi terbaru antara RM dan Honne dikeluarkan semalam dan turut menampilkan penyanyi baru dari UK, Bekka. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 20 Feb 2024

Terpaksa Bohong Ibu Bapa, Amir Masdi Dedah Pernah Buat Show Tidak Berbayar

Allahu kesiannya.. Tak baik ambil kesempatan macam tu..

Featured Fri, 12 Jul 2024
Hiburan Fri, 11 Jul 2025

[VIDEO] Gigih Jalani Rehearsal Menjelang Konsert Elite, Ramai Puji Suara Abby Abadi ‘Maintain’ Sedap

Kata Abby, dia dan Elite sempat bersama untuk dua album sahaja manakala dua lagi album lain sangat asing baginya.

Events Tue, 4 Dec 2018
Hiburan Wed, 10 Apr 2019

《郑伊健演唱会》 6月一起唱响云顶

《郑伊健演唱会》今年6月和郑伊健一起唱响云顶!

Featured Tue, 9 Jan 2024
Events Sat, 22 Jan 2022
error: Content is protected !!