Euforia Bola 2026
Events By: SGMS Faida March 30, 2019 @ 1:57pm

MEERACLE Hadiah Mercedes-Benz Kepada Wakil Jualan

Produk penjagaan wajah Meeracle menghadiahkan kereta Mercedes- Benz kepada empat orang wakil jualan mereka, baru-baru ini.

Pengasas MEERACLE, Puan Meera Nordin ketika ditemui di majlis penyerahan kunci mengumumkan empat orang wakil yang telah mencecah sasaran lebih RM1 juta dalam tempoh tujuh bulan.

“ Menerusi kempen #menjadidenganmeeracle yang telah dijalankan selama 7 bulan bermula Julai 2018, mereka telah melakukan penjualan yang cukup memberangsangkan. 

“ Sebagai tanda penghargaan, pihak syarikat berbesar hati untuk menghadiahkan kereta sebagai imbuhan kepada mereka. Pihak MEERACLE amat menghargai kerja keras kalian,” katanya ketika ditemui di sidang media yang berlangsung di Cycle & Carriage Mercedes-Benz, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Menurut beliau, kempen #menjadidenganmeeracle akan diteruskan lagi pada tahun 2019. 

“ Kami mensasarkan sekurang-kurangnya 30 orang wakil jualan MEERACLE akan memenangi kereta mewah yang dianggarkan RM 9,000,000 pada tahun 2019 secara keseluruhannya,” ujarnya. 

MEERACLE diasaskan pada tahun 2015 yang mana syarikat berhasrat membantu lebih ramai lagi wanita di luar sana untuk memperbaiki taraf hidup mereka. 

Syarikat ini akan terus menguasai industri kecantikan di Malaysia dengan lebih banyak inovasi dan revolusi di dalam produk penjagaan kulit dan kosmetik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Mar 2023
LIFESTYLE Tue, 5 Dec 2017

Kongsi Langkah-Langkah Elak Sistem Peranakan Wanita Diserang Penyakit

Penyakit-penyakit yang melibatkan peranakan adalah amat ditakuti oleh kaum wanita. Punca penyakit seperti kanser, cyst dan fibroid masih lagi tidak tahu apa puncanya

Fab Foodies! Mon, 30 Jul 2018

超夯「彩虹饮食法」搭配均衡饮食吃出健康还能瘦身

你听过现在非常流行的彩虹饮食法吗?

Featured Fri, 23 Aug 2024
Featured Wed, 17 Nov 2021

Bina Semula Simpanan, Ahli KWSP Perlu Kerja Tambahan Sehingga 6 Tahun?

Ramai Bumiputera yang terkesan ketika PKP dilaksanakan

Hiburan Sun, 23 Dec 2018

#Mentor7: ‘Saya Tak Boleh Kawal Pendapat Penonton’ – Pasya

Tujuan saya ke sini bukan bukan untuk sekadar mengejar gelaran juara tapi…

Featured Mon, 20 Feb 2023

Didakwa Tidak Lagi Menyanyi & Selesa Duduk Rumah Jaga Anak Sahaja, Ini Respons Syamel

Betul ke Syamel sekarang jadi Mr Mama ni? Tapi tak salah pun…

error: Content is protected !!