Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 2, 2019 @ 3:49pm

Bakal Nikah Sabtu Ini, Bapa Aman Nassim Kini Sakit Tenat

Baru semalam XTRA melaporkan pelakon dan penyanyi Aman Nassim bakal bergelar suami pada 6 April ini, tiba-tiba dia diduga dengan berita bapanya, Nasim Haron tenat di Hospital Sultan Ismail, hari ini.

Aman mendedahkan bapanya dimasukkan ke wad pada Sabtu lalu untuk menjalani rawatan susulan penyakit kanser yang dihidapinya.

“Tapi kelmarin (Ahad), ibu tiri menelefon dan beritahu abah mahu saya pulang ke Johor Bahru dengan segera.

“Saya jadi tak sedap hati dan terus pulang ke Johor petang Ahad lalu,” kata Aman.

Sebaik saja tiba di hospital, bapanya sempat bertanya mengenai persiapan perkahwinan kepada Aman.

“Saya beritahu semuanya sudah selesai dan tunggu hari itu saja, kemudian abah hanya menjawab bagus dan ‘good’, sebelum tubuhnya kembali lemah kira-kira setengah jam kemudian,” kata Aman sebak.

Susulan itu, doktor terpaksa memberi alat bantuan pernafasan dan mereka turut mendedahkan bapanya hanya mempunyai 5 peratus untuk ‘survive’.

Kata Aman, jika keadaan memaksa dia mungkin sekadar meneruskan majlis akad nikah saja pada sebelah pagi Sabtu, manakala majlis resepsi akan ditunda ke tarikh lain.

“Ahli keluarga lain menasihati agar tetap meneruskan perkahwinan walau apa pun yang berlaku,” kata Aman ringkas.

Aman akui pada masa ini dia buntu dan mohon semua peminat dan masyarakat untuk mendoakan kesihatan bapanya.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 24 Apr 2026

Nuha Bahrin Kembali Dengan ‘Malam-Malam’, Kolaborasi Istimewa Bersama Ezra Kong

Nuha Bahrin tampil dengan single terbaharu berjudul Malam-Malam, hasil kolaborasi bersama komposer terkenal Ezra Kong.

Featured Thu, 6 Mar 2025

“Jika Khilaf Saya Perlu Minta Maaf” – Siti Nurhaliza

Siti menegaskan bahawa seseorang tidak perlu berasa segan untuk memohon maaf apabila melakukan kesilapan.

Hiburan Fri, 15 Mar 2019
Featured Tue, 7 Mar 2023
Hiburan Sat, 5 Jan 2019
Hiburan Sun, 16 Jun 2019

Mad August Jim首次为团员亲自下厨?团员直呼有阴谋

Mad August团员Jim特别为3位摇滚爸爸安排了日本餐提前庆祝父亲节!团员们受惊,觉得 Jim 有阴谋要作弄他们 。

error: Content is protected !!