Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 6, 2019 @ 4:48pm

Nelydia Senrose Sah Bergelar Isteri Hafez

Pelakon, Nelydia Senrose, 24, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35 kira kira jam 3.28 petang tadi

Dengan sekali lafaz, pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin dan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid dalam satu majlis tertutup diadakan di sebuah hotel terkemuka tanah air.

Terdahulu, pasangan ini juga melangsungkan pertunangan sebagai syarat sebelum meneruskan upacara pernikahan di depan lebih 200 orang tetamu dan kenalan terdekat.

Pada majlis itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM10,000 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11. Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan.

Anggun mengenakan persalinan rona putih gading rekaan Ezuwan Ismail, Nelydia atau nama lengkapnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen bersyukur segala yang dirancang dalam tempoh singkat sejak awal tahun ini berjalan lancar.

“Alhamdulillah impian, niat serta hajat yang saya harapkan selama ini dipermudahkan.

“Doa saya di Tanah Suci Makkah serta apa yang dihajati juga Allah makbulkan serta beri jawapan pasti termasuk hal jodoh. Semoga permulaan fasa ini akan terus mematangkan saya dan dia. Insya-Allah,” katanya.

Berkongsi detik perkenalan, pasangan ini bersua buat kali pertama pada 6 April 2017. Bagaimanapun ketika itu, tiada apa yang berlaku. Seterusnya selepas sekian lama hubungan sepi begitu saja, mereka sekali lagi bersua hujung tahun yang sama.

Ketika hubungan itu terus mekar, Hafez terbang ke Amsterdam untuk memberi kejutan sekaligus melamar Nelydia pada April 2018. Ketika itu pelakon yang juga adik kepada Uqasha Senrose ini sedang bercuti di Eropah.

“Selepas memutuskan untuk membawa hubungan kami ke fasa seterusnya, saya bawa dia berjumpa dengan papa untuk meminta restu selain keluarga yang lain.

“Memang asalnya rancangan perkahwinan ini nak dibuat tahun lalu. Tetapi ada saja kekangan. Di sebalik ujian dan halangan sebelum ini, saya dan suami berjaya melaluinya sebaik mungkin. Sekembali dari umrah 5 Januari lalu, saya dan dia putuskan untuk ke gerbang perkahwinan dan memulakan persiapan,” katanya.

Mengenai Hafez, pelakon Lafazkan Kalimah Cintamu ini menyifatkan suaminya seorang yang melengkapi dan menenangkan hati.

Esok pasangan ini diraikan pada sebelah malam juga di lokasi sama majlis nikah berlangsung. Pada majlis itu, Nelydia mengenakan rekaan Alia Bastamam manakala Hafez pula dengan busana Ezuwan Ismail. Untuk majlis potong kek, kedua-duanya bakal menggayakan rekaan Rizman Ruzaini.

Jika tiada aral melintang, sebuah majlis keraian akan diadakan di Kelantan musim raya depan.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 9 Jun 2019

Tak Nak Jadi Ustaz Lagi

Orang tetap nampak saya sebagai Ustaz Hamadi.

Hiburan Wed, 1 Nov 2023

“That Is Just Too Much, Mereka Pun Nak Cari Rezeki” – Michael Ang Tempelak Netizen Dakwa Gaji Pekerja Restoran Makanan Segera Haram

Netizen bukan tuhan nak jatuhkan hukum haram! Tolong jaga kata-kata, mereka pun nak cari rezeki juga.

Trending Mon, 17 Jul 2023

Warga Emas Berkerusi Roda & Anak Didakwa Rogol Gadis Bawah Umur Dalam Kereta

Dah lebih umur sepatutnya tambah amal ibadah tapi tulah…

Featured Thu, 22 Aug 2024

Anggap Masalah Mental Berpunca Dari Media Sosial, Amir Jahari  Mohon Individu Dapatkan Rawatan Profesional – “Anda Tak Akan Dapat Jawapan Dari TikTok”

Ibu bapa kena mainkan peranan penting & kalau boleh cuba lebih terbuka dengan anak-anak….Yang penting, kalau ada masalah dapatkan rawatan segera okay!

TECH Fri, 21 Dec 2018

Cara Memaksa Isyarat pada Android menjadi 4G Sahaja

Seperti yang kita tahu, rangkaian 4G mula berkembang di Malaysia. Bagi anda yang ingin mengunci telefon pintar ke dalam rangkaian 4G, inilah caranya.

Hiburan Tue, 5 Nov 2019

11 Tahun Pegang Status Janda, Yuni Shara Tetap ‘Cool’

Kalau takdir saya bersendiri tanpa pasangan sehingga tua, saya okay…

Featured Tue, 2 Aug 2022
error: Content is protected !!