Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 19, 2019 @ 12:15am

‘Takkanlah Hidup Saya Hanya Di Hospital, Duduk Di Rumah’- Elyana Teruja Umum Konsert Sulung

Penantian penyanyi Elyana selama 19 tahun akhirnya terjawab apabila impiannya untuk mengadakan konsert sulung bakal terlaksana tidak lama lagi.

Konsert ‘Jadi Diriku 19’ juga menjadi bukti Elyana yang merupakan pesakit kanser limfoma tahap empat mampu memberikan sesuatu kepada masyarakat.

“ Saya menghabiskan seluruh usia remaja saya dengan bekerja dan saya berharap konsert ini bakal meninggalkan memori bukan sahaja buat diri saya tetapi peminat yang mengikuti perkembangan saya sejak hari pertama bergelar penyanyi.

“ Kanser bukan penghalang untuk saya terus mendapatkan kebahagiaan dengan cara tersendiri. Kalau orang tanya ‘boleh ke?’, saya hanya akan jawab takkanlah hidup saya hanya ke hospital, duduk di rumah dan terus bersedih,” luahnya ketika di sidang media ‘Jadi Diriku 19’ yang berlangsung di Red Box The Gardens, Mid Valley City, semalam.

Ibu kepada Cinta Sumayyah ini juga sudah bersedia membuat persediaan rapi dari segi fizikal dan mental dan berharap agar konsert ini berjalan lancar.

“ Walaupun pergerakan agar terbatas buat masa sekarang, saya tetap akan turun ‘turun padang’ melakukan aktiviti bersukan. Ini bagi memastikan suara tidak ‘pancit’ di konsert itu nanti.

“ Saya juga melakukan aktiviti badminton di masa lapang dan berkemungkinan akan memulakan latihan sebulan sebelum tarikh konsert,” kata Elyana berharap agar terus dikurniakan kesihatan yang baik.

Konsert ‘Jadi Diriku 19’ berdurasi selama satu jam setengah ini bakal menyaksikan Elyana membawakan rangkaian lagu hitsnya dan juga membuat persembahan dengan penyanyi lain.

Kalau korang rindukan untuk melihat sendiri persembahan Elyana, jom ke Bentley Music Auditorium Damansara pada 6 Julai ini bermula 8.30 malam.

Wartawan: SGMS Nanie

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 1 Feb 2019

Rush Hour 3 Bakal Ada Sambungan, Apa Kata Jackie Chan?

Tapi untuk Rush Hour 4, bila-bila sahaja saya bersedia. Tahun depan!,

Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Hiburan Fri, 6 Jul 2018

‘Kita Dah Pernah Tegur, Sekarang Dia Terimalah Kesannya,’ – Wakil FMC

Eksekutif Pemasaran FMC Music, Sam Samin memberitahu syarikat rakaman FMC Music tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya isu ini berulang lagi.

Hiburan Mon, 1 Sep 2025

XTRA XSTAR 2025: Nyanyi, Upload, & Menang! Pencarian Bakat Baharu Kini Dibuka, Hantar Video Penyertaan Anda Sebelum 15 September!

Kempen XTRA XSTAR 2025 kini dibuka! Hantar video penyertaan anda sebelum 15 September!

Featured Sat, 21 Jan 2023

Cuba Trend TikTok ‘Face Age’, Netizen Cakap Wajah Memey Suhaiza Lebih Matang Dari Usia Sebenar

Sering berkongsi resepi masakan, pelakon Memey Suhaiza sekali lagi meraih netizen menerusi pengunaan filter di TikTok @memeysuhaizaofficial_Sampai hati😅😆😂😂 ♬ Love You So – The King Khan & BBQ Show Menerusi hantaran Memey itu, dia mengikuti […]

error: Content is protected !!