Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 21, 2019 @ 6:22pm

Aeril- Wawa Zainal Bakal Timang Anak Ketiga

Pelakon Aeril Zafril mengumumkan bakal menerima ahli keluarga baru selepas isterinya, Wawa Zainal kini hamil anak ketiga.

Menerusi laman Instagram, pelakon drama Cinta Tanpa Henti ini berkongsi berita gembira dengan pengikutnya sebentar tadi.

“ Alhamdulillah, terima kasih isteri. Setelah empat tahun menanti, jadi ayah lagi. Doakan dipermudahkan segalanya,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, menerusi Instagram Wawa Zainal pula, aktres jelita ini memuatnaik sebuah paparan video dia menunjukkan pen ujian kehamilan kepada Aeril.

Januari lalu, Aeril pernah memaklumkan hasratnya mahu mendapatkan cahaya mata ketiga namun belum ada rezeki pada masa itu.

Aeril dan Wawa berkahwin pada 2012 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 17 Sep 2019
Hiburan Fri, 3 Jan 2025

Dengar Permintaan Peminat, Konsert GenKRU Tambah Hari Ketiga 10 Mei Hadapan

Konsert GenKRU bakal diadakan untuk hari ketiga.

Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Sweet! Maya Matahari Mengaku Dah Berpunya

Pelantun lagu Diari Biru ini juga memohon agar semua peminat mendoakan agar jodohnya kali ini lebih baik dan kekal selamanya.

Featured Thu, 20 Nov 2025

Sharifah Rose Perjelas Status Terkini Dengan Ezzrin Loy – “Kami Tak Rapat Macam Dulu” 

Sharifah Rose, akhirnya membuka mulut mengenai status terkini hubungannya dengan Ezzrin Loy.

Hiburan Tue, 17 Dec 2019

Elly Mazlein, Azlan Selamat Bertunang

Alhamdulillah, selamat bertunang Kak Lina Pom Pom!

Hiburan Fri, 30 Nov 2018

Wohoooo! Tiket Konsert BLACKPINK Sudah Mula Dijual

Berita baik bagi pengguna Mcalls muzik, anda bakal menikmati diskaun sehingga 40% daripada harga tiket dan pembelian boleh dibuat bermula 30 November.

error: Content is protected !!