Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida April 26, 2019 @ 3:20pm

Elfira Loy Kolaborasi Dengan Mc Vogue Keluarkan Koleksi Baju Raya

MC Vogue kini menjadi jenama tempatan yang pantas mencuri perhatian di seluruh negara dengan lebih 20 cawangan. Malah nama MC itu sendiri sebenarnya merupakan akronim kepada Muslimah Collection dan diusahakan oleh pasangan suami isteri Teff and May sejak tahun 2012 lagi.

Dengan konsep pakaian moden untuk golongan wanita yang menitik beratkan cita rasa dengan nuansa sopan, anggun dan kekal bergaya, tidak hairan jenama MC Vogue ini sudah mampu membina kelompok aliran pengikutnya sendiri yang sentiasa mempercayai kualiti jahitannya.

Tidak mahu ketinggalan dan merasai kehangatan sambutan Ramadan serta Aidilfitri kelak, MC Vogue juga buat julung kali menjalinkan kolaborasi bersama artis dan ahli perniagaan terkenal, Elfira Loy.

Lalu terhasillah nama Elfira Loy X MC Vogue. Hadir dengan empat rekaan unik koleksi Hari Raya Aidilfitri, kerjasama ini melambangkan sentuhan feminin dan elegan pada masa sama yang sering menjadi pilihan si genit itu. Hasil cetusan ilham idea Elfira dan sentuhan kreativiti pereka bentuk pakaian MC Vogue sendiri, pastinya koleksi ini juga menyerlahkan gaya dan karakter wanita yang baru bergelar isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar sejak 1 Januari lalu.

Gaya minimalis yang diserlahkan pelakon berkenaan juga memberi inspirasi kepada pihak MC Vogue untuk menampilkan kolaborasi unik dengan konsep ‘Fairy Forest’. Koleksi ini menggunakan bahan rona lembut, sejuk, berbulu, manik berkilauan dan kasut kaca cinderella sering diterangkan dengan jelas, meningkatkan rasa keajaiban untuk genre seumpama ini. Harga sepasang RM299 juga sangat mampu milik.

Berkongsi keterujaan itu, Elfira Loy atau nama penuhnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri sendiri juga amat realistik dengan kerjasama terjalin.

“Ini adalah kolaborasi pertama saya bersama jenama fesyen. Saya bersetuju untuk jalinkan kolaborasi ini kerana MC Vogue sendiri sentiasa mengeluarkan pakaian dengan harga yang berpatutan kepada ramai orang. Ia tepat dengan konsep saya yang bergaya dengan gaya berpatutan atau ukur di badan sendiri .

“Saya harap kerjasama ini akan dapat menarik ramai minat orang untuk bergaya lebih tetapi dengan harga yang berpatutan. Pendek kata ia memang mampu dimiliki semua golongan wanita,” katanya.

Pelakon drama Qaleesya ini sendiri sebenarnya antara yang selalu membeli baju di MC Vogue kerana harganya amat murah.

“Butik MC Vogue memang antara destinasi pilihan saya setiap kali membeli belah. Memang berbaloi. Tak sangka pula ditawarkan kerjasama ini beberapa bulan lalu. Memang terkejut pada awalnya. Tapi saya bersyukur kerana menjadi pilihan mereka.

“Saya pun antara penggemar fesyen dan sentiasa menghargai koleksi seumpama ini.

“Selepas beberapa siri perbincangan dan menyatakan apa yang kami mahu hasilkan, kata sepakat dan persetujuan diraih,” katanya.

Mengenai sumbangan idea rekaan, Elfira turut dibuka ruang memberikan pandangan.

“MC Vogue mempunyai deretan perekanya sendiri, tapi kami masih berbincang untuk satu aliran yang sama. Pastinya mereka hadir dengan pelbagai rekaan dan akhirnya hanya empat rekaan dengan material dan warna tertentu saya pilih dijadikan sebagai koleksi kolaborasi ini.

“Kolaborasi ini untuk musim raya saja, tapi saya optimis dan yakin rekaannya yang tidak terlalu rumit dan tidak berlebihan menjadikan ia tidak dimamah usia. Fesyen pun kini untuk semua. Jika kita ada keyakinan diri, apa saja boleh disarung,” katanya.

Sisi lain, Elfira juga melihat kerjasama yang terjalin membabitkan jenama fesyen dan artis berbentuk situasi menang-menang.

“Faedah kerjasama sebegini bukan kepada pihak MC Vogue saja tetapi kepada golongan selebriti. Ia satu aktiviti menyeronokkan untuk kita lebih dekat dengan peminat dan penggemar fesyen.

“Pada masa sama orang awam juga boleh merasai hasil idea atau gaya yang dipakai golongan selebriti ini,” katanya.

Koleksi kerjasama ini menyaksikan empat rekaan di mana setiap satunya mempunyai tiga warna. Ia terdiri daripada saiz S M L.

Bagi pihak MC vogue pula, semuanya bermula apabila kedua-dua pengasas menyedari bahawa fesyen muslimah boleh dipelbagaikan dengan elemen serta suntikan baru.

Kedua-dua mereka sebagai pencinta fesyen lantas memulakan perjalanan untuk mencari unsur baru yang dapat membawa dan menambah warna meriah ke dalam fesyen terutama untuk wanita muslimah.

Melalui kajian intensif mengenai bahan fabrik serta bentuk pemasangan dan jahitan baru, MC Vogue ditubuhkan untuk menghasilkan pakaian rekaan moden, kebudayaan dan berfungsi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 20 Jan 2024
Hiburan Sat, 2 Dec 2017

Feeya Iskandar Hamil Anak Kedua

Melalui laman Instagram penyampai radio Sinar FM, Feeya Iskandar telah berkongsi berita gembira dimana dirinya itu kini sedang hamil anak kedua. Feeya atau lebih mesra dipanggil Cik Piah itu mengumumkan berita tersebut pada 23 November lalu, […]

Events Mon, 28 May 2018

Komen Tweet Syed Saddiq, Dira Abu Zahar Dikritik Netizen

Namun, apa yang menarik perhatian ialah Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar selepas itu membalas tweet tersebut dengan kata-kata sindiran terhadapnya sehingga mendapat kecaman daripada netizen.

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Ini Pesanan Buat Semua Peminat Fattzura

Faz sempat berpesan, kepada sesiapa yang belum berkahwin, jangan risau kerana jodoh maut di tangan tuhan, doa yang baik-baik. Malah, rezeki pasangan ini semakin bertambah selepas berkahwin dan semoga hubungan yang dibina, kekal hingga ke syurga!

TECH Mon, 29 Apr 2019

Malaysian Startup rentDAX Raises RM5 Million Seed Funding to Democratise Home Rental in Malaysia

rentDAX, a fully-owned subsidiary of DAX Venture, is a mobile first platform
designed to Make Home Renting Safer and Easier with No Deposit Required.

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

“Tolong Doakan Anak Saya” – Saharul Ridzwan

Berkongsi gambar dan status menerusi laman instagram miliknya, Saharul Ridzwan memberitahu anaknya, Muhammad Luth Ali mengalami tonsil bernanah.

Hiburan Sat, 3 Aug 2019

Kantoi Dadah…Vokalis Kumpulan Rock Terkenal Ditahan!

Ujian saringan air kencing terhadap penyanyi berusia 43 tahun itu mendapati dia positif methamphetamine, amphetamin dan ganja.

Hiburan Sat, 13 Apr 2019
error: Content is protected !!