Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi January 20, 2024 @ 5:23pm

“Ada Dua Figura Hebat Yang Akan Jaga & Sayang Awak” – Puteri Sarah Sebak Lihat Foto Anak Bersama Bapa & Bapa Mentua  

Perkongsian aktres Puteri Sarah Liyana menarik perhatian ramai di medis sosial, baru-baru ini.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Puteri Sarah berkongsi sebuah foto yang memaparkan anak lelakinya, Syaikhul bersama bapanya, Megat Kamarudin dan bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam.

Difahamkan foto tersebut diambil ketika Syaikhul menghadiri perlawanan bola sepak sekolahnya.

Puteri Sarah meluahkan rasa sebak apabila melihat foto tersebut, malah mengucapkan terima kasih buat bapa dan bapa mentuanya itu kerana menemani Syaikhul.

“Saya tak tahu mengapa tapi gambar ini buat saya sedih. Terima kasih baba dan papa @dyhaslam teman Syaikhul football match today,” tulisnya.

Tambah bekas isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof itu, dia menyifatkan putera sulungnya itu bertuah kerana mendapat kasih sayang daripada kedua-dua datuknya.

“Syaikhul Islam, awak ada dua figura hebat yang akan menjaga dan sayang awak no matter what.

“Jangan lupa nanti balas jasa atuk-atuk awak @syaikhulsumayyahofficial,” pesannya.

Terdahulu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Comelnya! Syamsul Yusof Hadir ‘Support’ Hari Sukan Syaikhul & Sumayyah

ARTIKEL BERKAITAN:  Nama Dipetik Bakal Berkahwin Dengan Andi Arsyil, Puteri Sarah Titip Pesanan… Minta Individu Jangan Memandai-Mandai

ARTIKEL BERKAITAN: “Drama Lain I Tak Nak Tahu, Nak Kutuk Belakang Pun I Don’t Care!” – Puteri Sarah Minta ‘Penipu’ Pulangkan RM26,000

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Puteri Sarah Menangis Dikritik Gelaran Janda, Andi Arsyil Pujuk Beri Kata Semangat! – “Tolong Jangan Hina, Buli..”

ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai Yang Tanya, Kenapa Asyik…” – Puteri Sarah Syukur Selesai Tunai Ibadah Umrah Seorang Diri

ARTIKEL BERKAITAN: Syaikhul Minta Lamborghini Kalau Nak ‘Pikat’ Sumayyah, Gelagat Jebat Jayden Buat Ramai Terhibur! Noor Nabila & Puteri Sarah Pula Diusik Akan Jadi Besan

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Comelnya! Hadir Majlis Graduasi Anak, Puteri Sarah Luah Rasa Bangga… Syaikhul Siap Jadi Imam Solat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Fri, 30 Jun 2023
Featured Tue, 6 Feb 2024
Hiburan Sun, 23 Mar 2025
Hiburan Tue, 1 Jul 2025

Azza Elite Segan Borak Dengan Yusry – “Dia Suami Orang, Saya Hormat Lisa”

Azza Elite hormati Lisa, segan borak lebih dengan Yusry

Trending Wed, 18 Apr 2018

Apa Salah Anak Saya? Nora Danish Kesal Baby Ney Ney Pula Jadi Mangsa Buli Siber

Aktres Nora Danish kesal apabila anaknya iaitu Mohamed Neqayl Nedim atau dipanggil Ney Ney yang kini berusia dua bulan turut menjadi mangsa buli siber.

Hiburan Thu, 9 Feb 2023
Events Wed, 16 Oct 2019

I Can See Your Voice Malaysia Musim Ketiga Lebih ‘Havoc’

Wow! Ni betul-betul bukan biashe-biashe

Hiburan Tue, 13 Feb 2024
error: Content is protected !!