Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 4, 2019 @ 1:39pm

‘ Kalau Ada Jodoh, Saya Terima’- Raja Ema Tak Tolak Kemungkinan Berkahwin Semula

Penyanyi senior Raja Ema mengaku lebih tenang dengan kehidupan sekarang walaupun tanpa suami di sisi.

Kata penyanyi berusia 51 tahun ini, dia tidak menolak sekiranya dipertemukan jodoh namun tidak meletakkan sebarang harapan tinggi.

” Insya Allah kalau ada jodoh saya terima, tapi kalau tiada pun tak mengapa kerana hidup saya tetap bahagia.

” Selain daripada mencari suami, mana tahu saya dapat menantu pula selepas ini,” katanya bergurau.

Tambah penyanyi berusia 51 tahun ini, dia bakal membuat persembahan pada bulan Ramadan ini di The Love, MaTic Jalan Ampang.

“ Saya amat teruja apabila seorang pegawai perhubungan artis yang juga rakan lama, Kit menjemput saya untuk menyanyi dalam majlis berbuka puasa di sana pada 12 Mei nanti.

“ Saya akan sampaikan tiga lagu serta akan beramah mesra dengan pengunjung di situ,” katanya

Raja Ema yang bakal muncul dengan single terbaharu berjudul ID Cintamu berharap para peminatnya dapat datang dan meluangkan masa untuk beramah mesra. 

Tambahnya, harga pakej berbuka yang ditawarkan iaitu RM150 untuk dewasa dan RM75 (12 tahun ke bawah) amat berpatutan dan tidak membebankan.

Untuk peminat Kak Raja Ema, jom ke MaTic 12 Mei ini ok! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 26 Apr 2025
Hiburan Thu, 4 Jan 2018

Liridon Bakal Terima Tawaran Ke Liga Perancis?

Liridon Bakal Terima Tawaran Ke Liga Perancis? Bakal Jadi Pencabar Neymar

Hiburan Wed, 13 Feb 2019
Featured Thu, 9 Feb 2023
Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Raysha Rizrose Terima Lamaran Ashraf Muslim ?

Wah, Tak sabar rasanya nak tengok cerita ni kan?

Featured Fri, 22 Apr 2022
Hiburan Mon, 30 Mar 2026

Kongsi Foto Bersama Seorang Jejaka, Adira Suhaimi Dah Temui Pengganti?

Adira seakan memberi bayangan hatinya kini sudah dimiliki oleh individu tersebut.

Hiburan Sun, 21 Jul 2019
Featured Fri, 4 Nov 2022

[VIDEO] Asyraf Khalid Beri Hadiah Kereta Tesla Pada Tya Arifin Sempena Anniversary Ke-7 Tahun!

Wahh, semoga terus dimurahkan rezeki buat pasangan bahagia ni 🤩❤️

error: Content is protected !!