Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas May 6, 2019 @ 6:52am

Terharu Diberi Penghormatan, Aizat Amdan Serikan Konsert Jason Mraz!

Penyanyi dan komposer Aizat Amdan diberi penghormatan membuka tirai konsert penyanyi antarabangsa, Jason Mraz yang bakal berlangsung pada 13 Mei 2019 ini di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Konsert “Good Vibes Tour 2019” itu merupakan salah satu hentian konsert jelajah Asia Jason Marz.

Aizat yang diberi  peluang beraksi di segmen pembukaan konsert tersebut menyifatkan ia satu penghormatan besar buatnya untuk berkongsi pentas sama dengan pemenang Grammy yang pernah menjadi fenomena pop global menerusi hits klasiknya ‘I’m Yours’.

“Saya berasa amat bersyukur diberikan peluang ini. Dipilih untuk membuat persembahan pembukaan dan memanaskan pentas untuk salah satu penyanyi dan komposer berbakat di dunia, merupakan suatu kejayaan peribadi saya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

“Saya teruja untuk bertemu dengannya secara dekat dan berkongsi pandangan tentang muzik. Saya berharap agar kami boleh bekerjasama di masa hadapan“, tambah Aizat yang mula mencipta nama sejak kejayaan besar album debutnya ‘Percubaan Pertama’ pada tahun 2008.

Aizat sebelum ini pernah popular dengan lagu hitsnya ‘Pergi’, ‘Hanya Kau Yang Mampu’, ‘Susun Silangkata’, ‘Sungai Lui’ dan ‘Kau Aku’.

Tahun lepas, beliau menerbitkan lagu yang dirakam dalam dua bahasa iaitu ‘Sampai Ke Hari Tua’ dan juga lagu ‘Harapan Jadi Nyata’ yang merupakan sebuah lagu penghormatan buat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berjaya menyentuh hati rakyat Malaysia.

Penyanyi dan komposer berbakat yang pernah memenangi pelbagai anugerah ini, turut menyumbang dan menghasilkan lagu untuk artis tempatan antaranya Fattah Amin, Aisyah Aziz dan Haiza.

Sepanjang kerjaya seninya selama 12 tahun, karya Aizat bukan sahaja berjaya menakluki gelombang radio tempatan malah berjaya mencapai jutaan strim di kesemua pelantar media digital popular.

Terkini, Aizat telah melancarkan lagu terbaharunya ‘Angin Lalu’ pada 26 April lalu yang boleh didapati di kesemua pelantar digital.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Model Dan Instafamous Ini Dipercayai Mati Di Dalam Keretanya Sendiri

Di jumpai mati di dalam keretanya dengan kesan tembakan di kepala.

Hiburan Thu, 1 Sep 2022

“Bukan Untuk Suka-Suka, Tetapi…” – Alicia Amin Jelas Isu Protes Di KLFW 2022

Pasti ada sebab tersendiri kenapa Alicia buat protes tu kan! Apapun Alicia memang ‘berani’!!

Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Lilly Singh Expressed How ‘Fairness Creams’ Shouldn’t Even Exist

Lilly Singh takes on the dark side of skin-lightening creams and how it creates a huge problem in India.

Hiburan Wed, 13 Dec 2023
Hiburan Mon, 12 Jan 2026

“Malaysia Disasar Lima Negara Teratas Kutipan The Voice of Hind Rajab, Buka Laluan Ke Oscar” – ZRA

ZRA menyeru rakyat Malaysia agar terus menjadi suara kepada Palestin

Selebriti Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Thu, 6 Dec 2018

Hanya Mimpi Beri Inspirasi Buat Caliph Buskers

Selamat mendengar lagu Hanya Mimpi

error: Content is protected !!