Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 9, 2019 @ 1:11pm

‘Doakan Kami’- Giliran Altimet Sertai Misi Kemanusiaan Ke Syria

Penyanyi Altimet mengaku perasaan menyertai misi kemanusiaan ke Syria timbul selepas melihat kesungguhan rakan selebriti, Aizat Amdan dan Noh Salleh memberikan semangat.

Kata pelantun lagu Amboi ini, kunjungan pertama ke Syria merupakan caranya untuk membayar balik ‘hutang’ kepada individu yang pernah membantunya ketika waktu susah dahulu.

“ Aizat dan Noh antara rakan yang selalu beri semangat agar saya bersetuju untuk ke sana. Antara ‘backup’ besar yang membuatkan saya bersetuju.

“ Saya pernah mengalami kesusahan dalam hidup. Di saat saya jatuh, ada rakan yang datang membantu meskipun dalam bukan bentuk wang ringgit, bantuan dari segi emosi turut membantu untuk saya bangun semula.

“ Ini masanya untuk saya membayar balik segala ‘hutang’ dengan menawarkan bantuan kepada individu lain yang sedang memerlukan,” katanya.

Menerusi laman Instagram Cinta Syria Malaysia, Altimet berharap agar rakyat Malaysia terus memberikan sokongan dalam menghulurkan bantuan kepada penduduk di Syria terutama pada bulan Ramadan ini.

“ Jangan berhenti menyumbang. Walaupun RM 1 atau RM 0.50, hulurkan bantuan seikhlas hati.

“ Doakan perjalanan kami serta kesejahteraan umat Islam di sana. Saya juga berdoa agar rezeki anda lebih murah selepas ini agar boleh membantu mereka yang tertindas di sana,” akhirinya.

Difahamkan, tarikh akhir sumbangan boleh dibuat sebelum 13 Mei 2019. Jom hulurkan sumbangan dengan mengikuti perkembangan di Instagram Cinta Syria Malaysia!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 3 Jan 2026

“Saya Tak Suka Anak Jadi Artis” – Puteri Sarah Mahu Sumayyah Jadi Doktor, Syaikhul Engineer

Puteri Sarah berkata fokus utamanya ketika ini adalah memastikan pembelajaran anak-anaknya tidak terjejas

Hiburan Fri, 26 Jul 2019
Hiburan Wed, 27 Nov 2024
Featured Mon, 24 Mar 2025

Sah Cerai Talak Satu Buat Kali Kedua, Diana Danielle & Farid Kamil Saling Bersalaman

Diana Danielle dan Farid Kamil akhirnya menemui kata putus apabila ikatan perkahwinan yang dibina selama 13 tahun terlerai.

Hiburan Tue, 21 Jan 2020
Featured Thu, 22 Sep 2022
Events Mon, 12 Feb 2018

HERE’S A LIST OF THE AJL32 WINNERS!

The 32nd Anugerah Juara Lagu ended with an overwhelming response from fans and viewers. Did you catch who the winners are? Here’s a list of all of them.

error: Content is protected !!