Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 10, 2019 @ 12:28am

’Gerobok Rezeki’ Bantu Penuntut Universiti Kurang Berkemampuan

Jabatan Berita dan Hal Ehwal Semasa (NCA) Media Prima Berhad sekali lagi melancarkan program kemasyarakatan sempena Ramadan, dengan menyediakan sajian berbuka dan bersahur kepada penuntut universiti awam di Lembah Klang.

Diterajui Team Berita TV9, program Gerobok Rezeki Ramadan 2019 (GRR2019) bertujuan membantu penuntut universiti awam dari keluarga kurang berkemampuan, untuk menikmati makanan berkhasiat sepanjang bulan Ramadan.

Menerusi Gerobok Rezeki (atau FoodBank), penuntut boleh mengambil makanan kering, minuman dan buah-buahan dari pantri GRR yang ditempatkan di masjid universiti untuk berbuka dan bersahur.

Antara juadah disediakan ialah pek lengkap sajian berbuka manakala untuk bersahur, penuntut boleh memilih untuk mengambil roti, kek, pek lauk pauk segera untuk dimakan bersama nasi atau roti, sapuan tuna, biskut, jus dan buah-buahan.

Pengarang Urusan NCA, Datuk Manja Ismail, berkata pembabitan NCA menerusi TV9 dalam program ‘foodbank’ adalah satu usaha murni yang tercetus daripada laporan berita mengenai kesengsaraan sebahagian penuntut yang terpaksa mengikat perut disebabkan masalah kemiskinan

“ Selain melaporkan berita, kami terpanggil untu menggembeling usaha turun padang bersama-sama penaja untuk menempatkan Gerobok Rezeki Ramadan di empat universiti awam.

Tiada soal, tiada pendaftaran, mana-mana penuntut yang memerlukan makanan, boleh terus datang ke GRR TV9 di masjid universiti untuk mengambil makanan berbuka dan bersahur,” beliau, pada majlis perasmian GRR209 di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin UiTM Shah Alam, hari ini.

Selain diUiTM, Gerobok Rezeki Ramadan juga ditempatkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Program makanan untuk mahasiswa turut mendapat kerjasama anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor, Menteri Besar Selangor Pemerbadanan), Worldwide Holdings Berhad, Tabung Koperasi NSTP dan Media Prima Berhad, serta beberapa penaja lain.

Turut hadir pada majlis perasmian itu ialah Naib Canselor UiTM, Profesor R. Dr Azraa Kassim dan Pengurus Besar NCA, Wan Sabariah Shikh Ali serta personaliti TV9, TV3 dan ntv7. Antaranya Amin Hayat Abdul Rahim, Nur Affiza Azmi, Suzila ldayu Yaacob, Taufiq Mohd Noh, Hani Fadzilah, Hawa Ridzwana Redzuan, Asrulnizam Abdul Kadir dan beberapa lagi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 10 Jul 2019

‘Saya Dah Cuba’-Mawar Masih Sayangkan Fizo Omar?

Bekas isteri Fizo Omar mengaku dia telah mencuba sedaya upaya menyelamatkan bahtera rumah tangga yang dibina sejak enam tahun lalu.

Featured Tue, 20 Sep 2022
Selebriti Fri, 17 Apr 2020
Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Sun, 7 Apr 2019

Bolot Enam Anugerah, Nur Menang Besar Di DFKL 2019!

Tahniah buat semua pemenang DFKL 2019, jumpa lagi tahun depan…InshaAllah!

Featured Wed, 4 Feb 2026

“Perjuangan Wanita Lepas Cerai Bukan Dendam Tapi…” – Ibu Dr.Fie Luah Rasa Bangga, Anggap Anak Sebagai Wanita Hebat 

Dr. Zailah juga sempat menitipkan pesanan agar anaknya itu sentiasa istiqamah dan diberikan kekuatan menjalani kehidupan.

Featured Thu, 26 Jan 2023
Featured Tue, 14 Oct 2025

Kongsi Momen ‘Majlis Mitoni’ Ikut Tradisi Jawa, Siti Saleha Umum Bakal Timang Anak Lelaki

Pelakon jelita, Siti Saleha berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dia dan suaminya, Joshua Fitton, bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Events Fri, 20 Dec 2024
error: Content is protected !!