Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida May 15, 2019 @ 2:34pm

Farid Kamil Dipenjara Sembilan Bulan

Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atas pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari selepas didapati bersalah mengguna dadah jenis ganja Tetra Hydrocannibol (THC), tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Nor Ariffin Hisham selepas Farid Kamil, 38, memilih untuk berdiam diri di mana tertuduh hari ini sepatutnya tampil untuk membela diri.

Nor Ariffin turut memerintahkan tertuduh berada di bawah pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan mahkamah mensabitkan tertuduh bersalah,” katanya.

Dalam prosiding itu, mahkamah juga tidak membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk penangguhan pelaksanaan hukuman.

Berikutan itu Farid Kamil akan dibawa ke Penjara Kajang dan hukuman penjara itu diperintah bermula tarikh sabitan iaitu hari ini.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 24 Apr 2021
Featured Thu, 2 Jan 2025
Hiburan Wed, 18 May 2022
Featured Fri, 24 Oct 2025
Trending Thu, 29 Apr 2021

Menyingkap Peristiwa Nuzul Al-Quran, Penurunan Al-Quran Dari Langit Ke Nabi Terakhir

Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini […]

Trending Fri, 4 Dec 2020
Hiburan Mon, 23 Sep 2024
error: Content is protected !!