Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi October 31, 2022 @ 1:04pm

“Runtuhkan Rumah Tangga Orang Ibarat Runtuhkan Masjid” – Netizen Bidas Kenyataan Kazar, Luah Rasa Marah

Baru-baru ini pelakon Kazar memberitahu kontroversi yang melibatkan anak perempuannya iaitu Ira Kazar yang didakwa mengganggu rumah tangga pelakon Puteri Sarah sejak empat tahun lepas bukanlah ‘masalah besar’.

Sejak kenyataan tersebut dibuat, rata-rata netizen berasa kurang senang dengan kenyataan Kazar itu sehingga mendapat perhatian Puteri Sarah sendiri.

Menerusi hantaran di Instagram, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik tangkap layar yang memaparkan sebuah portal hiburan melaporkan kenyataan Kazar dan meminta netizen membincangkan isu tersebut.

“Bukan masalah besar sangat meruntuhkan rumah tangga orang…”

“Bincangkan,” tulis Sarah di ruangan kapsyen.

Dalam hantaran tersebut, rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Kazar yang dikatakan mengundang rasa marah itu.

Hasil tinjauan XTRA di ruangan komen mendapati netizen tampil membidas kenyataan pelakon berusia 63 tahun itu dengan mengatakan meruntuhkan rumah tangga orang ibarat meruntuhkan sebuah masjid malah menganggap Kazar seolah-olah menyokong perbuatan anaknya itu.

Sehingga kini, perkongsian Puteri Sarah itu meraih lebih 24,000 tanda suka dan lebih 2,500 komen.

Terdahulu, Kazar memberitahu media bahawa dia berharap isu yang melanda Ira dengan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah dapat diselesaikan segera malah menganggap ia adalah masalah kecil sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ia Bukanlah Masalah Besar Sangat” – Kazar Mahu Kontroversi Babitkan Anaknya Diselesaikan, Mohon Netizen Bercakap Yang Baik

Untuk info, Puteri Sarah memfailkan saman terhadap seorang wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya sejak 2019.

Ira yang didakwa mengganggu rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya juga pengarah Syamsul Yusof telah dipanggil ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Ogos lalu.

Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 14 Nov 2018

Wanita Nepal Ini Mula Jadi Sebutan Penduduk Dunia, Siapa Gerangan Si Dia?

Cantik betul kan? Tak hairanlah dia digelar ‘Bidadari Dari Syurga’. Ye tak?

Hiburan Tue, 20 Feb 2024
Hiburan Mon, 17 Dec 2018

Kahwin Kali Ketiga, Opick Mohon Doa Peminat

Semoga terus bahagia hingga ke syurga… Insya Allah.

Hiburan Thu, 11 May 2023
Hiburan Thu, 27 Mar 2025
Hiburan Wed, 20 Nov 2019
Hiburan Sun, 27 Oct 2019
Featured Fri, 20 Oct 2023
Hiburan Sun, 30 Mar 2025

Sharifah Zarina Pertama Kali Tidak Pulang Beraya Di Sarawak, Fokus Persiapan Tunai Haji

Sharifah Zarina sambut hari raya sederhana, fokus ibadah haji

Hiburan Wed, 18 Jun 2025
error: Content is protected !!