Euforia Bola 2026
Fab Foodies! By: SGMS Faida May 19, 2019 @ 4:33pm

Grand Bazar Ramadan Raya 2019 Himpun 300 Gerai, Meriah Beb!

Build Up Resources Sdn Bhd berganding bahu bersama Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad dalam mengadakan TV3 Grand Bazar Ramadan Raya 2019 di pekarangan Parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil bermula 18 Mei hingga 4 Jun 2019.

TV3 Grand Bazar Ramadan Raya 2019 (TV3 GBRR 2019) ini akan beroperasi sepanjang 20 hari, iaitu setiap Isnin hingga Jumaat, pada pukul 3 petang hingga 12 tengah malam. Manakala, pada hari Sabtu dan Ahad serta cuti umum, bazar ini akan beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak, “Penganjuran TV3 GRAND BAZAR RAMADAN RAYA 2019 ini akan memberi peluang dan pengalaman beli belah yang baharu kepada semua golongan peniaga dan pengguna sepanjang bulan Ramadan.

“ Bazar ini menawarkan peluang kepada setiap peniaga dari sekitar Selangor dan Lembah Klang untuk menjual dan memasarkan produk mereka. Oleh itu, barangan dan servis yang didagangkan di bazar ini merupakan segala jenis produk dan servis daripada makanan, perabot, hiasan rumah dan lain-lain kerana kami tidak menetapkan jenis perniagaan yang khusus untuk menyertai bazar ini.

Justeru, para pengguna yang berkunjung ke bazar sehenti ini berpeluang untuk mendapatkan pelbagai keperluan musim perayaan ini.” katanya.

TV3 GBRR 2019 mempunyai 300 buah gerai yang beroperasi dengan sasaran 500,000 jumlah pengunjung setiap hari. BUR dan TV3 berkolaborasi menjayakan acara ini bersempena dengan musim perayaan bulan Ramadan dan Syawal bertujuan untuk mewujudkan sebuah platform peluang perniagaan bagi usahawan-usawahan kecil dan sederhana (SME) sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk memasarkan produk dan servis mereka.

Walau bagaimanapun, peluang bagi peniaga yang hendak menyewa tapak di bazar ini pada setiap Sabtu dan Ahad sahaja masih dibuka dan boleh berhubung dengan wakil BUR, Hazim (+60 11-3304 9419) sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh mula berniaga tersebut.

Pelbagai tarikan pengunjung disediakan di TV3 GBRR 2019 ini termasuklah ‘Rumah Melayu’ sebagai kawasan bersantai VIP, program-program khidmat masyarakat seperti Acara Solat Berjemaah bersama Tahfiz serta majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan menteri. Selain itu, antara tarikan utama bazar ini adalah sebuah pemetaan imersif tiga dimensi yang dinamakan ‘Mekar Ramadan’.

Dengan menggabungkan teknologi binaan dan visual elektronik, pemetaan digital dipancarkan ke setiap sudut ruang bagi memberikan para pengunjung sebuah pengalaman imersif seolah mereka mengembara di sebuah alam maya secara peribadi. Setiap imej yang dipancarkan ini juga bersifat interaktif dimana imej-imej ini akan berubah apabila disentuh.

Para pengunjung tidak perlu risau tentang anak-anak mereka kerana pihak penganjur turut menyediakan laman mesra kanak-kanak dimana sebuah taman permainan kembung disediakan untuk pengunjung cilik luangkan masa mereka semasa ibu bapa mereka membeli belah.

Kemudahan lain yang turut disediakan di TV3 GBRR ini adalah buffet iftar yang disediakan oleh BUR dengan harga serendah RM35 seorang, terhad untuk 500 orang pengunjung sahaja setiap hari.

Para penjual yang menyertai TV3 GBRR 2019 ini terdiri daripada penjual-penjual dari pelbagai bidang termasuklah pakaian, aksesori dan perhiasan peribadi, kosmetik, kesihatan dan kecantikan, perabot dan perhiasan rumah, aksesori telefon bimbit, kuih-muih, makanan, dan banyak lagi. Perbadanan korporat turut menyertai TV3 GBRR 2019 ini, antaranya adalah AIR ASIA BIG, L’Oreal, MyFreeview, 100 Plus, Seasons, SME Corp, Toyota, Loreal dan banyak lagi.

Bersempena dengan kolaborasi antara bazar ini dengan Air Asia Big, Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Big, Encik Spencer Lee berkongsi promosinya, “TV3 Grand Bazar Ramadan Raya 2019 ini merupakan sebuah platform yang baik untuk kami libatkan ahli-ahli BIG kami bersempenaan dengan musim perayaan ini.

Sebagai sebuah syarikat teknologi pelancongan dan gaya hidup, kami amat komited dalam memberi ahli-ahli BIG kami lebih banyak peluang dan cara untuk peroleh serta membelanjakan mata ganjaran BIG agar mereka dapat menebus lebih banyak ganjaran ketika mereka melancong.

Ahli-ahli BIG kini bukan sahaja dapat menebus mata ganjaran BIG mereka untuk memberli tiket penerbangan, malah mata ganjaran BIG kini sudah pun menjadi satu mata wang universal yang mampu menebus pelbagai jenis tempahandi airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia BIG termasuk tiket penerbangan, lawatan dan aktiviti pelancongan, barangan bebas cukai dan tawaran gaya hidup agar mereka dapat menjimatkan lebih banyak wang.”

TV3 Grand Bazar Ramadan Raya 2019 ini dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman pada 18 Mei 2019 disaksikan oleh barisan pengurusan kanan Media Prima Berhad dan Build Up Resources Sdn Bhd, para atlit negara serta rakan-rakan media di tapak TV3 GBRR 2019.


Sudahkah anda bersedia untuk merasakan sebuah pengalaman beli belah baharu? TV3 Grand Bazar Ramadan Raya 2019 pasti akan menjadi pilihan anda!

Kunjungilah TV3 Grand Bazar Ramadan Raya 2019 bersama seisi keluarga, rakan-rakan, dan rakan sekerja anda di Pekarangan Parkir B, Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, setiap hari bermula 16 Mei hingga 4 Jun 2019. Untuk maklumat lanjut, sila layari portal informasi terkini tonton xtra, www.xtra.com.my serta laman media sosial rasmi Facebook Build Up Resources Sdn Bhd dan laman Facebook, Instagram dan Twitter TV3 Malaysia (@TV3malaysia).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 8 Nov 2024

Reda Soal Zuriat, Janna Nick Bawa Diri – “Ada Duit RM100,000 Pun Kalau Allah Kata Belum, Tak Dapat Juga”

Janna mengaku bahawa dia reda dengan ketentuan Tuhan terhadap rezeki yang diberikan termasuklah soal zuriat.

Hiburan Tue, 13 Jun 2023

Bunyi Tak Elok, Shila Amzah Bersuara Soal #ShiBai – “Tolong Hormat, Kalau Buat Juga Tak Ada Otak!”

Cuba korang suggestkan # apa yang sesuai untuk Shila & Ubai? 🫣❤️🤪

Featured Wed, 18 Jan 2023

[VIDEO] Bekas Peguam Ini Perjelas Legal Taktik Puteri Sarah – “Knowledge Is Power & She Has It”

Perkongsian yang bagus untuk masyarakat di luar sana. 👍👍👍

LIFESTYLE Mon, 25 Dec 2017

10 Perkara Penting Untuk Kawal Nafsu Makan Anda

Macam yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang bernama Jazli Hassan ini, malah dia juga tidak keberatan untuk berkongsi tips yang diamalkan olehnya. Nak tahu tipsnya? Jom ikuti perkongsiannya di bawah. Hye semua, perjalanan dari 183 kilogram (kg) […]

LIFESTYLE Tue, 23 Apr 2019
Hiburan Tue, 23 Oct 2018

Ain Edruce Dah Bertunang?

Baru-baru ini, gambar selebriti tinggi lampai dalam busana perkahwinan mula viral di laman sosial.

Hiburan Mon, 11 Mar 2019

Liyana Jasmay Kembali Dalam Drama Cikgu, Papa Kirim Salam

Buat para peminat LJ yang merindui lakonannya, Liyana Jasmay kini kembali dalam Drama Cikgu, Papa Kirim Salam di slot Dahlia TV3.

error: Content is protected !!