Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 18, 2023 @ 7:00pm

[VIDEO] Bekas Peguam Ini Perjelas Legal Taktik Puteri Sarah – “Knowledge Is Power & She Has It”

Kontroversi melibatkan konflik rumah tangga pelakon dan pengarah sensasi, Syamsul Yusof bagaikan sudah reda seketika selepas isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, hadir ke mahkamah pada Isnin bertujuan memfailkan kes perceraian mereka.

Menurut Puteri Sarah, dia bersyukur kerana dapat merasakan satu beban telah dilepaskan apatah lagi sebelum dia berangkat menunaikan ibadah umrah pada 26 Januari nanti.

“Alhamdulillah syukur, semuanya selesai difailkan, rasa lega, satu beban yang telah dilepaskan sebelum saya pergi umrah, lagi sepuluh hari dan semoga nanti tenang-tenang sahaja.

”I am very strong, I have my family, I have Allah dan paling penting I have my kids.

”Saya redha apa yang terjadi, yang penting saya dah failkan,” katanya kepada XTRA.

ARTIKEL BERKAITAN:“This Is The Best For Me, Doakan!” – Puteri Sarah Fail Cerai

ARTIKEL BERKAITAN:“Syamsul Ada Beri Kata-Kata Terakhir Sebelum Saya Datang Mahkamah” – Puteri Sarah

Terbaru, perkongsian bekas peguam yang dikenali sebagai @reinalum di TikTok turut mendapat perhatian ramai pihak apabila dia tampil mengulas mengenai legal taktik  yang diambil Puteri Sarah berhubung kes rumah tangganya.

Bagaimanapun, Reina memaklumkan, segala info mengenai kes Puteri Sarah dan Syamsul Yusof adalah bertujuan untuk pengetahuan undang-undang umum dan bukannya untuk gosip.

Menurutnya, permohonan cerai yang difailkam Puteri Sarah adalah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 iaitu, untuk permohonan talak dan ia sebenarnya adalah cara yang betul untuk menuntut talak walaupun individu tersebut adalah lelaki.

Tambahnya lagi, kuasa talak tidak hanya pada lelaki bahkan, perempuan juga boleh membuat permohonan talak dengan syarat,  individu tersebut perlulah memaklumkan kepada mahkamah apakah masalah yang berlaku dalam rumah tangga dan sebab mengapa individu  tersebut tidak berusaha menyelamatkan rumah tangga mereka.

“Saya rasa Puteri Sarah really go all out on this one sebab dia ada banyak sangat point  dan saya rasamahkamah tidak akan paksa dia untuk fix the situation.

“Dan point Puteri Sarah untuk tidak rela bermadu, berpoligami tanpa kebenaran dia, mahkamah, kelaurga, That’s a pretty strong point,” jelasnya.

Manakala, berita mengenai tindakan Puteri Sarah untuk meneruskan saman terhadap Ira Kaza termasuklah ‘jail sentence’ dilakukan adalah berpandukan prinsip aktres berkenaan dan bukannya kerana duit  semata-mata.

“Dekat sini, mesej puteri Sarah sangat jelas iaitu ‘don’t mess with me’,” ujarnya.

 

Dalam hantaran berlainan pula, Reina turut menjelaskan tentang status perkahwinan pengarah sensasi itu  dengan isteri keduanya di Thailand sama ada ia sah ataupun tidak.

“Mengikut undang-undang, walaupun isteri pertama tidak tahu dan keluarga suami juga tidak tahu, asalkan cukup syarat, maka perkahwinan itu sah dari segi syarak. 

“Dan walaupun isteri pertama dan keluarga boleh membantah perkahwinan tersebut, tapi kalau mahkamah dapat tahu yang  suami isteri tersebut sudah bersama, mahkamah still boleh override bantahan mereka dan masih boleh daftarkan  perkahwinan mereka secara sah di Malaysia untuk kebaikan pasangan yang baru berkahwin,” katanya.

 

Dalam pada itu, Reina juga menjelaskan, berdasarkan taktik undang-undang mengenai isu Syamsul cuba menyalahkan Puteri Sarah berkenaan isu tidak balik rumah dan bawa anak-anak berjalan tanpa kebenaran adalah berkemungkinan,  dia mahu menetapkan asas bahawa Puteri Sarah sudah nusyuz.

Namun, dia memuji tindakan Puteri Sarah apabila tampil memberikan komen balas mengenai video yang dimuat naik oleh suaminya sekaligus menyifatkan aktres itu  sebagai ‘fighter’.

“Reply Sarah kepada video Syamsul secara jujurnya dan ini adalah pendapat peribadi saya, Sarah is a fighter an the elegant queen. Sebab informasi yang dia bagi  hanyalah untuk menyangkal tuduhan Syamsul dan knowledge is power and she has it,” tambahnya.

 

Setakat artikel ini ditulis video-video tersebut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan dan menerima lebih 100,000 tanda suka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 4 Feb 2018

Selepas Mengarah Filem, Nabil Keluar Jenama Pakaian Pula

Selepas berjaya menubuhkan produksinya, Nabil Ahmad Production, Nabil khabarnya mengeluarkan jenama pakaian pula.  Jenama “Zoud” itu menekankan pakaian kasual harian, malah akan memasarkan kurta untuk dipasarkan sempena Hari Raya Aidilfitri. Nabil, 34, memberitahu pakaian jenama […]

Hiburan Fri, 7 Mar 2025

Projek 100 Lagu 100 Tahun Hidupkan Semula Warisan Muzik Melayu

Melalui projek ini, lagu-lagu yang memberi impak besar dalam sejarah muzik tempatan akan dipersembahkan semula dalam versi kontemporari.

Hiburan Fri, 2 Mar 2018

Program Hip Terbaik Bakal Temui Penonton Pada 5 Mac Ini!

Kepada penonton yang terlepas mengikuti rancangan-rancangan menarik di ntv7, anda boleh menyaksikan program hebat ini menerusi portal video rasmi kami hanya tonton.com.my 

LIFESTYLE Tue, 8 Oct 2019

Tak Tahu Nak Bawa Apa Ketika Bercuti? Nah, Semak List Barang Yang Perlu Dibawa Ketika Travel!

Wow! Menarik juga list yang disediakan oleh tema Xtra ni. korang boleh try nanti okay!

Hiburan Tue, 16 Apr 2019

张敬轩427登云顶开唱!冧歌「轩」动人心

时隔三年,张敬轩4月27日再登云顶开唱,让大马乐迷感受「轩式」情歌的魔力!

Trending Thu, 28 Apr 2022
Featured Thu, 2 Mar 2023
Hiburan Wed, 17 Jan 2024

Muatkan 10 Buah Lagu, Busted Lancar Album ‘Greatest Hits 2.0 Another Present For Everyone’

Busted lancar album ‘Greatest Hits 2.0 Another Present For Everyone’.

error: Content is protected !!