Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas May 21, 2019 @ 6:55am

Jalaluddin Hassan Risau Dibilang Buang Tabiat?

Pelakon senior Dato Jalaluddin Hassan memberitahu ada menerima tawaran untuk merakamkan sebuah single, baru-baru ini.

Kata pelakon drama Nur 2 ini, tawaran yang datang itu merupakan daripada sahabat baiknya iaitu komposer S.Atan yang mahu mencipta sebuah single khas buatnya.

“ Bukan tidak mahu tetapi saya macam tak berapa yakin. Maklum sahaja, umur saya pun dah 65 tahun. Saya bimbang pendengar cakap saya macam buang tebiat pula,” katanya sambil ketawa, ketika ditemui pada majlis Iftar Watie Collections bersama anak-anak yatim baru-baru ini.

Akui beliau, jika diberi peluang merakam single dalam masa terdekat, lagu bergenre balada bakal menjadi pilihan.

“ Saya orangnya romantik jadi saya selesa dengan lagu jiwang seperti lagu-lagu nyanyian Broery Marantika. Cuma bila lagu nak siap atau sebagainya, saya pun belum tahu lagi. Kita tengok macam mana nanti,” ujarnya.

Selain S.Atan, beliau juga menerima tawaran daripada seorang lagi komposer mualaf yang dikenali sebagai saudara Jimmy.

Terbaharu, Jalaluddin dilihat melakonkan watak seorang Sultan dalam iklan promosi Watie Collections di samping pengasas Watie Collections sendiri, Syafafwati Arifin yang berlakon sebagai Permaisuri manakala pelakon Ropie selaku Ahli Nujum DiRaja.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 Jan 2024
Featured Wed, 3 May 2023

Isu Serang Kamal Adli, Mahkamah Singapura Beri Kebenaran Tangguh Kes Selama 4 Minggu

Kes ditangguh 4 minggu untuk melengkapkan siasatan ke atas tertuduh

Featured Mon, 3 Jul 2023
Featured Fri, 27 Jan 2023

Rezeki Perlu Dikongsi, Suami Fatin Afeefa Nasihat Golongan Atasan Jangan Layan Orang Umpama Mereka Tiada Standard

Suami kepada pelakon cantik Fatin Afeefa, Aliff Awang menasihati netizen untuk sentiasa berkongsi rezeki tidak kira pangkat mahupun darjat. @aliff_awangREZEKI KENA KONGSI. TAK KIRA PANGKAT 😊 Aku tengok orang kaya negara aku layan jockey / […]

Drama Thu, 15 Dec 2022

Redza Rosli Tiada Niat Sakiti Scha Elinnea

Alamak kenapa Scha Elinnea disakiti Redza?

Featured Wed, 30 Jul 2025
Hiburan Sun, 20 Aug 2023
error: Content is protected !!