Trending By: Attiqah Mohd June 1, 2019 @ 1:20am

Nak Balik Kampung Siapa Dulu? 5 Tips Hari Raya Buat Pasangan Baru Kahwin

Kalau tahun lepas dan tahun-tahun sebelumnya korang beraya ala single and available tetapi buat pasangan yang baru berkahwin tahun ni, tahniah! merasa la korang untuk beraya berdua ya, berdua lebih baik gitu. Kali pertama beraya bersama pasangan pastinya masing-masing teruja kan. Eh, tapi sebelum korang gaduh siapa nak balik kampung siapa, jom kita tengok 5 tips hari raya buat pasangan yang baru kahwin!

  1. Undi giliran balik kampung                                                                               Kalau dulu hidup membujang, masalah siapa balik kampung siapa memang tak pernah wujud tapi dah hidup berdua mesti la kena ada giliran balik kampung setiap tahun kan? Korang jangan pulak perang dingin nak tentukan giliran nak balik kampung siapa. Bila dah berkahwin, kena lah adil. So tahun ni, kalau giliran raya di rumah suami jangan pulak korong mogok di pagi raya. Waktu ini lah korang nak berkenalan dengan ahli keluarga suami, ziarah menziarahi dan mengeratkan silaturrahim. Yang penting, beraya bersama pasangan lebih bermakna.

2. Tema baju raya wajib sedondon

Dah menjadi tradisi untuk pasangan suami isteri berbaju sedondon di hari raya, baru lah nampak sepadan secocok. Takkan si isteri berbaju kuning, si suami berbaju merah. Nanti tak pasal-pasal mak cik-makcik bawang kat kampung ingat korang bergaduh. Bila tibanya hari raya, tema baju raya wajib sedondon tau barulah nampak hubungan kekeluargaan harmoni gitew.

3. Bantu buat persiapan hari raya

Bila raya berdua tanggungjawab semakin banyak. Ha..buat si suami wajib tolong si isteri membuat persiapan hari raya. Shopping baju raya,tukar langsir, beli perabot, shopping barang runcit, cat rumah dan sebagainya lah! Takkan lah korang nak biarkan si isteri buat semua kerja. Si suami harus ringan tulang jugak membantu si isteri sediakan juadah makanan raya. Tak adelah si isteri ni kepenatan buat semuanya seorang diri. Give and take dalam rumah tangga kan penting. 

4. Memandu secara berhemah

Pada musim hari raya ni kita selalu dengar kes kemalangan maut yang melibatkan kecuaian pemandu. Jadi, untuk pasangan suami isteri yang pulang beraya ke kampung tu korang kena lah bergilir-gilir memandu kereta. Ha, kalau korang nampak suami korang tu dah layu mata memandu berjam jam cepat-cepat tukar pemandu tau. Keselamatan menjadi keutamaan, ingatlah orang tersayang. 

5. Bergaul dengan sanak saudara pasangan masing-masing

Buat si suami yang baru beraya di kampung isteri, korang jangan 24 jam je dengan media sosial. Nanti apa pula kata sanak saudara dan kaum keluarga. Bergaul dan beramah mesra la dengan saudara sebelah isteri, buat si isteri pun sama. Kalau korang beraya di kampung halaman suami, korang kenalah tegur dan beramah mesra dengan keluarga suami. Barulah dapat label menantu mithali. 

Selamat Hari Raya dari kami team Xtra. Salam setulus ikhlas!

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Jun 2023
Trending Thu, 21 Oct 2021

Juara Carta RIM 6 Minggu Berturut-Turut, Joe Flizzow Puji Yonnyboii, Zynakal & Asyraf Nasir

Penyanyi rap popular, Joe Flizzow memuji sifat berani bintang hip hop generasi kini, Yonnyboii, Zynakal dan Asyraf Nasir yang memastikan karya mereka memiliki nilai estetika berkualiti. Lagu nyanyian Yonnyboii, Zynakal dan Asyraf, Tak Sangka mencipta […]

Trending Tue, 4 Aug 2020

Permohonan e-Penjana RM50 Tidak Lulus? Ikuti Langkah-Langkah Ini..

Buat korang yang tak lulus e-Penjana, wajib baca!

Trending Tue, 27 Oct 2020
Trending Sun, 11 Jul 2021

Lockdown Jadi Sebab The Truth Tangguh Muzik Video

Mencabar dan penuh dugaan. Itu yang dapat disimpulkan oleh duo The Truth yang dianggotai oleh Naufal Isa dan Irwan Fariz ketika berkongsi proses penerbitan single Infiniti yang baru sahaja dilancarkan di semua platform digital. Menurut […]