Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 7, 2023 @ 11:52am

[VIDEO] Idam Jadi Jurulatih, Sharul Aimy Tak Tolak Peluang Jadi Pelakon – “Proses Penggambaran Bukan Mudah, Babak Sikit Tapi Shooting 2 Hari”

Atlet kacak, Muhammad Sharul Aimy Mohd Kamaru Hisam, 22, menamatkan kemarau 17 tahun negara tanpa sebarang pingat dalam gimnastik artistik apabila meraih gangsa di Sukan Asia Hangzhou, baru-baru ini.

Mahu berusaha lebih keras untuk membuatkan Malaysia bangga, anak jati Terengganu ini sedang bergiat aktif untuk mencari dana bagi meneruskan usahanya membawa nama negara ke sukan Olimpik.

“Saya perlu dana sebanyak RM300,000 untuk melayakan diri ke acara yang saya impikan selama ini. Saya sanggup pakai duit sendiri untuk pergi ke sana.

“Biarpun saya tak berjaya, apa yang paling penting, saya dah cuba dan berusaha sehabis baik. Buat masa sekarang, saya masih mencari dana dan saya berharap orang ramai sudi bekerjasama dengan saya,” katanya kepada XTRA.

Sharul ditemui pada majlis makan malam bersama media yang diadakan di sebuah hotel di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, malam tadi.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa hadapan, pemenang pingat acara melombol ini menyimpan impian untuk menjadi jurulatih.

“Setakat ini, fokus saya adalah mahu berusaha sehabis baik bagi mengharumkan nama negara ke peringkat paling tinggi dalam sukan gimnastik artistik.

“Mungkin apabila saya bersara satu hari nanti, saya memasang angan-angan untuk menjadi jurulatih. Saya mahu membantu atlet muda serta pelapis dalam sukan ini dan misi saya adalah untuk membanggakan negara,” katanya lagi.

Disoal mengenai penglibatan dalam dunia seni, Sharul tidak menolak peluang untuk menceburi dunia hiburan sebagai pelakon.

Pernah muncul sebagai cameo dalam drama Journal Sara-Haeyo yang bersiaran di Viu, Sharul mengaku proses penggambaran dan lakonan adalah satu hal yang sukar.

“Saya tak tolak peluang. Mungkin boleh difikirkan. Sebelum ini saya pernah berlakon drama sebagai cameo, prosesnya bukan mudah.

“Biarpun babaknya sedikit, tapi proses penggambaran mengambil masa dua hari. Namun, penglibatan saya dalam bidang seni tak mengganggu tumpuan saya dalam bidang sukan.

“Saya sudah beberapa kali ikuti proses penggambaran drama dan iklan. Ia akan dilakukan selepas tamat latihan, sama ada pada waktu malam atau hujung minggu,” ujarnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Feb 2023
Featured Mon, 8 Feb 2021

“Jangan Bagi Kami Harapan..” – Netizen Kesal KWSP Umum Masalah Teknikal Dalam Permohonan i-Sinar

Umum maklum, status permohonan i-Sinar KWSP kategori dua telah diluluskan selepas pemohon membuat semakan pada Ahad malam. Namun sejurus selepas itu, KWSP mengeluarkan kenyataan memberitahu bahawa pihak mereka sedang mengalami masalah teknikal berhubung paparan status […]

Featured Mon, 13 Apr 2026

“Dunia Akhirat Saya Ada RM28 Je”- Azar Azmi Kongsi Detik Sukar Selepas Dibebaskan

zar Azmi berkongsi detik paling sukar dalam hidupnya apabila mendedahkan pernah berada di titik terendah sehingga hanya memiliki RM28 selepas dibebaskan daripada tahanan polis.

Featured Wed, 26 Oct 2022
Trending Fri, 26 Jan 2018

‘Tinky Winky’ Disahkan Meninggal Dunia

Jatuh Dan Pengsan Tepi Jalan, ‘Tinky Winky’ Disahkan Meninggal Dunia

Featured Mon, 20 Jun 2022
error: Content is protected !!