Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 11, 2024 @ 8:32pm

“Aliff Aziz Bukan Muse Rasmi Atau Duta Kami! Dia Beli Baju… Kami Buat Bisnes, Bukan Kebajikan” – Fiziwoo

Jenama fesyen terkenal, Fiziwoo memaklumkan penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz bukan duta rasmi mereka seperti yang didakwa ramai.

Ia susulan perkongsian terkini Aliff yang memakai busana koleksi terkini daripada jenama terbabit dalam sebuah acara di Majlis Narco Night Tribute yang dianjurkan oleh Jabatan Narkotik IPK Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, salah seorang pemilik dan pengarah kreatif jenama tersebut iaitu Hafizi Radzi Woo atau Fizi menjelaskan Aliff merupakan pelanggan yang membeli koleksi terkini keluaran jenama terbabit.

Dalam status sama, Fizi turut menjelaskan mereka meraikan semua individu tanpa mempunyai sebarang perasaan benci.

“AA (Alif Aziz) bukan muse rasmi atau duta untuk koleksi ini. Dia adalah salah seorang pelanggan Fiziwoo yang sebelum ini membeli koleksi tersebut dan memakainya untuk acara tersebut dan pada acara antarabangsa yang akan datang nanti.

“Kami di Fiziwoo menyokong dan meraikan semua pihak,” tulisnya berserta tanda pagar #peace dan #nohate.

Fiziwoo

Selain itu, Fizi turut menjelaskan dia tidak mempunyai kuasa untuk mengawal pelanggan atau pembencinya.

“I have no power to control who is my client or who is my haters. I’m doing business not charity,” tulisnya lagi.

Fiziwoo

Sebelum ini, entri terkini Aliff mencuri perhatian selepas tampil segak bergaya memperagakan busana Fiziwoo ketika melakukan persembahan pada Majlis Narco Night Tribute yang dianjurkan oleh Jabatan Narkotik IPK Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Buat Comeback? Netizen Titip Kata Semangat, Minta Jangan Ulang Kesilapan – “Alhamdulillah, Terus Maju & Jadi Lebih Baik”

Artikel Berkaitan: “Tak Ada Manfaat” – Individu Sebar Fitnah Tampil Mohon Maaf, Ibu Aliff Aziz Nasihat Henti Buat Dosa Kering

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Sat, 29 Mar 2025
Hiburan Sun, 4 Mar 2018

Haqiem Rusli Mahu Fokus Pada Kerjaya

Haqiem Rusli Mahu Fokus Pada Kerjaya Belum Lagi Ingin Bercinta

Hiburan Sat, 31 May 2025

“Tiada Rahsia Antara Kami” – Ikmal Amry Tak Halang Isteri Periksa Telefon 

Ikmal Amry dah amalkan sikap terbuka dan jujur dengan isteri sejak awal bercinta

Featured Fri, 7 Oct 2022
Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Featured Tue, 4 Jul 2023
Featured Fri, 23 Dec 2022

Korbankan Agama Demi Kejayaan Orang Lain, Nasihat Nabil Ahmad Sentuh Hati Peminat

Tular sebuah video memaparkan pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad memberi sedikit nasihat tentang agama dan kejayaan buat peminatnya di media sosial. @bebetterforfuture ALLAHU #hijrah #ria #nabilneelofa #dakwah #hambaallah ♬ a thousand years – favmusicvibes Video […]

Hiburan Mon, 24 Jun 2024
error: Content is protected !!