Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: SGMS Faida May 26, 2019 @ 3:23pm

Padah ‘Microsleep’, Hati-Hati Pulang Ke Kampung Raya Ini

Nak balik kampung tapi asyik mengantuk? Agak-agak waktu apakah yang paling sesuai untuk anda pulang memandu kenderaan pulang ke kampung halaman raya nanti?

Menurut Presiden Persatuan Sleep Apnea Malaysia (PSAM), Prof Madya Dr Louis Adaikalam, orang ramai dinasihatkan supaya mengelak daripada memandu pada waktu di antara pukul 2 hingga 4 petang dan 3 hingga 5 pagi.

Oleh itu, anda disarankan supaya memandu di luar tempoh berkenaan.

Menurut Louis, tempoh tersebut merupakan waktu puncak untuk seseorang itu mengantuk sekali gus boleh membawa kepada kemalangan jalan raya yang berpunca daripada masalah ‘microsleep’.

“Ini adalah dapatan kajian di seluruh dunia, bukan di Malaysia sahaja.

“Pada waktu tersebut memang kita akan rasa mahu tidur, jadi pada mereka yang mahu memandu terutama untuk pulang ke kampung pada musim perayaan ini, sebaiknya waktu tersebut mereka kena elakkan,” katanya sebagaimana dipetik daripada Utusan Malaysia.

Jelas Louis lagi, antara faktor kemalangan jalan raya disebabkan tindak balas lambat serta ‘microsleep’ yang berlaku kepada pemandu berpunca daripada tidak mendapatkan tidur yang berkualiti serta konsisten.

“Microsleep terjadi tanpa amaran, apabila badan letih, otak akan ‘tertidur’ selama beberapa saat, walaupun mata kita terbuka dan tangan memegang stereng.

“Lazimnya potensi menjadi mangsa ‘microsleep’ apabila memandu jarak jauh, di jalan yang lurus ditambah dengan faktor waktu pemanduan serta keadaan kesihatan dan kecergasan pemandu,” katanya.- Awani.

Hati-hati guys! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 2 Sep 2019

Pelakon Jumanji Perlu Pembedahan

Pasti remuk hatinya melihat keadaan ‘buah hatinya’ itu

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

Dua Tahun Menghilang, Tukul Arwana Rindu Mengacara

Bekas pengacara Bukan Empat Mata ini mengaku rindu untuk mengusik dan melihat gelak tawa penonton di studio. 11 tahun beb mengacara, mestilah rindu kan?

Hiburan Fri, 3 May 2019

Noorkhiriah Tak Mahu Bergambar Dengan Selebriti Tak Bertudung?

Dalam pada itu, dia mengaku mula merindui watak Aisyah yang dilakonkan dalam drama Nur dan Nur 2.

Featured Tue, 1 Nov 2022
Hiburan Fri, 7 Dec 2018

Pekin Ibrahim- Mona Allen Kahwin Dalam Majlis Tertutup?

Alhamdulillah jika benar…dalam diam-diam ya… Selamat Pengantin Baru untuk pasangan sejoli ini!

error: Content is protected !!