Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 10, 2019 @ 4:18pm

Adik Masih Kritikal, Afdlin Shauki Mohon Doa Orang Ramai

Oleh: Endy Ashari

Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki berkata adiknya, Jefri Adzman masih berada dalam keadaan kritikal akibat kemalangan petang semalam.

“Dia sudah menjalani pembedahan selama empat jam bagi membuang darah beku dan saya minta tolong keluarga, sahabat, kenalan kami serta rakyat Malaysia mendoakan dia cepat sembuh dan di permudahkan urusannya.

“Saya sebagai abang, dahulukan dengan ribuan terima kasih dan jasa anda semua hanya Allah SWT sahaja dapat membalasnya,” kata Afdlin.

Afldin berkata kejadian berlaku di Kota Damansara ketika Jefri mahu membeli sesuatu di Petronas berhampiran rumah.

Katanya, adiknya yang menunggang motosikal jenis vespa dilanggar sebuah kereta Myvi berwarna hijau dari arah tepi.

Akibat pelanggaran, mangsa terpelanting dan mengalami cedera parah di kepala lalu dikejarkan ke sebuah hospital di Kota Damansara.

Afdlin semalam, berkongsi berita sedih di laman Instagram mengenai adiknya terbabit dalam kemalangan jalan raya.

“Ya Allah, Kau selamatkanlah adikku Jefri Adzman bin Akhsan yang baru saja ditimpa kemalangan tadi.

“Dia akan masuk ke surgeri pukul 6.30 petang ini (Ahad) untuk membuang pendarahan di otaknya.

“Dia adalah adik yang terbaik yang mana-mana abang akan ada. Tolong selamatkan beliau, orang baik ini dan pulihkan dia seperi sediakala. Aku hamba-Mu yang hina memohon pada-Mu ya Allah. Selamatkanlah beliau!” tulis Afdlin.

“Jef kena kuat! You can make it dik (awak boleh lakukan dik!) You are strong (awak kuat)!! Stronger than me (kuat dari saya)!!Tolong doakan sahabat!” tulis Afdlin lagi merayu semua mendoakan adiknya semoga pulih dan dipermudahkan urusan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Dec 2019
Hiburan Sat, 1 Jun 2019

2019年ntv7及八度空间《校园主播培训营》正式开放网上报名!

2019年ntv7及八度空间《校园主播培训营》正式开放网上招募!

Hiburan Thu, 12 Dec 2019

Tahniah! Kutipan Ejen Ali Sudah 20 Juta!

Satu pencapaian untuk filem animasi tempatan!

#LaguXTRA Mon, 9 Oct 2023
Events Tue, 27 Feb 2018

Siapakah Gadis Sosok Ayu, Bintangi Program Realiti Online Terbit Single Baharu?

Selain menjadi usahawan yang berjaya, Princess kitani juga sedang berjinak-jinak dalam dunia nyanyian dan bakal mengeluarkan satu single terbaru miliknya tidak lama lagi. Mesti best kan?

Hiburan Fri, 27 Aug 2021

Penyanyi Filipina Clara Benin Tampil Dengan Single Suara Hati

Penyanyi Filipina, Clara Benin telah melancarkan lagu terbaru berjudul Suara Hati. Lagu ini adalah terjemahan daripada single asal nyanyiannya sendiri, Tila dalam Bahasa Filipina yang dilancarkan pada tahun 2015. Sebagai inisiatif OFFMUTE dalam mengukuhkan nama […]

error: Content is protected !!