Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain April 8, 2024 @ 11:53am

Hanya Berhubung Demi Perihal Anak-Anak… Puteri Sarah Tak Tahu Punca Syamsul Yusof ‘Menghilang’ Di IG – “Saya Pun Tak Pernah Tanya Apa-Apa”

Pelakon Puteri Sarah Liyana menyatakan dia tidak tahu punca bekas suaminya, Syamsul Yusof yang dikatakan sudah lama tidak aktif di Instagram sejak kebelakangan ini.

Memetik laporan OhBulan!, kali terakhir pengarah dan pelakon itu berkongsi aktivitinya di platform tersebut pada November lalu dan tiada lagi sebarang hantaran yang dimuat naik selepas itu.

Kata Sarah, dia dan Syamsul hanya berhubung demi perihal anak-anak sahaja dan tidak mahu mengambil tahu tentang perkembangan terkini bekas suaminya.

“Kita semua dekat KL saja, kalau katakan raya pertama itu dia nak datang jumpa anak-anak okay saja. Saya pun masih berhubung dengan dia, cuma untuk anak-anak saja.

“Sebenarnya saya pun tak tahu (Syamsul lama tak aktif IG). Apa yang saya tahu, dia datang untuk jumpa anak-anak saja. Dia hubungi saya untuk jumpa anak saja.

“Saya pun tak pernah tanya apa-apa dekat dia kalau dia mesej nak ambil anak. Ikutkan waktu dia ambil anak pun saya tak ada. Sebab saya sibuk dengan perniagaan.

Untuk info, Sarah pernah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Namun, kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pada 14 Jun tahun lalu.

Syamsul juga tampil mengejutkan ramai pihak selepas mengumumkan sudah bernikah dengan Ira pada Januari 2023.

Sumber: OhBulan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Sun, 11 Sep 2022
Hiburan Fri, 3 Aug 2018

Status Zahirah MacWilson Sindir Bekas Kekasih?

Heroin drama Jangan Benci Cintaku ini menulis kenyataan seolah menyindir seseorang yang memutar belit cerita dalam masa sama berlakon seolah-olah menjadi mangsa keadaan.

Hiburan Tue, 20 Jun 2023

Hafidz Roshdi Tekad Fail Undang-Undang Atas Nurul Shuhada Sekiranya Masih Sebar Keburukkan – “Aib Dia Saya Jaga Erat”

Siapa burukkan saya, saya akan tuntut semua dosa-dosa dan pahala saya di mahkamah Allah SWT di akhirat kelak – Hafidz Roshdi

Featured Wed, 8 Feb 2023
Hiburan Mon, 22 Apr 2019

Ramai Terkejut Lofa Boleh Menari!

Bukan main lofa menari kan?

Hiburan Thu, 16 May 2019

《金环奖》评审团曝光!阵容气势非凡

第三届《金环奖》评审团阵容曝光!今年的评审团阵容依旧气势非凡,由印度导演兼电影制片人拉吉库玛尔·希拉尼担任本届金环奖评审团主席。

Featured Mon, 29 May 2023
Hiburan Sun, 15 Jun 2025

Aprena Manrose Umum Perceraian – “I Am No Longer Afiq’s Wife”

Jodoh Aprena Manrose tak panjang, akhirnya cerai.

error: Content is protected !!