Euforia Bola 2026
Filem By: Salma Syahbuddin June 11, 2019 @ 6:31pm

Tiada Lagi Watak Luke Hobbs Dalam Fast & Furious 9?

Filem siri francais paling popular serata dunia, Fast & Furious bakal tampil dengan siri kesembilan filem tersebut iaitu Fast Furious : Fast 9 yang dijadualkan bakal menemui peminatnya pada 22 Mei 2020 nanti.

Kalau sebelum ini, desas desus mengatakan tiada lagi watak Luke Hobbs yang dilakonkan oleh The Rock pada siri kali ini akibat kontroversi yang melanda bintang WWE ini dengan watak utamanya Vin Diesel (Dominic Toretto).

Walau bagaimanapun, seorang lagi bintang WWE yang juga aktif berlakon dalam beberapa buah filem sebelum ini bakal beraksi menerusi Fast 9 nanti. Siapa lagi kalau bukan, John Cena!

Cena atau nama sebenarnya John Felix Anthony Cena Jr, 42, dilihat begitu teruja menjadi sebahagian daripada barisan pelakon filem terkemuka dunia ini. Malah, beliau sempat berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Twitternya mengenai penglibatan beliau pada siri francais filem tersebut.

 

 

 

Berita baik itu sekaligus disambut oleh jutaan peminat Cena.
 
Wow! Agaknya apakah watak yang dipegang oleh Cena kali ni? Sama-sama kita nantikan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Tue, 18 Dec 2018
Featured Tue, 23 Aug 2022
Filem Fri, 1 Feb 2019
Filem Mon, 23 Jul 2018

#JommenangXtra : Jangan Lepaskan Peluang Menyaksikan Siaran Siri Eksklusif Marvel Cloak & Dagger Hanya Ditonton Bermula Jun Ini!

Siaran selama dua jam ini akan menemui penonton setia tonton bermula pada 8 Jun 2018, jam 9 malam ini.

Filem Fri, 15 Jun 2018

学校假期特备:3部动画让你一次看个够!

平时学校的课业繁重,放学后又得补习,丝毫没有玩乐的时间;所以不管是放纵还是严加管教,趁着这个学校假期就让孩子歇一歇,观看由tonton特备为孩子们精心准备的动画。

Filem Tue, 16 Apr 2019

#xtraGiveaway: Gaining Inspiration from Amazing Women Around Asia

You can win some special gifts by simple answering questions related to the show.

Filem Wed, 28 Feb 2018
Filem Wed, 22 May 2019

Upcoming Drama ‘Search: WWW’ Stars Jang Gi-yong & Im Soo-jung

tvN Asia proudly announces its latest 24-hour express drama, Search: WWW starring Jang Gi-yong, Im Soo-jung , Lee Da-hee and Jeon Hae-jin, will premiere on tvN from 6 June at 21:45 in Singapore and Malaysia. […]

error: Content is protected !!