Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 11, 2019 @ 4:00pm

Sambut Hari Jadi Ke 34, Lan Solo Terima ‘Amaran’

Biarpun genap berusia 34 tahun, penyanyi Lan Solo tidak ralat bekerja pada ulang tahun kelahirannya hari ini.

Sempena hari jadinya, Lan turut menerima ucapan ‘sempoi’ daripada isteri tersayang, Nur Sheila Hassim yang dimuat naik di akaun Instagram beberapa jam lalu.

“Selamat ulang tahun sayang. Walaupun hari ini ulang tahun kelahiran awak namun kerja tetap kerja. Laksanakan tanggungjawab membuat persembahan dahulu, kemudian bawa saya beli tas tangan baru.

“Umur awak hari ini genap 34 tahun, jadi cukuplah empat orang cahaya mata yang kita ada. Kalau hendak tambah lagi, mungkin cukuplah sekadar anak kucing. Apatah lagi, zakat sekarang pun sudah mahal. Sedang elok hanya membayar untuk enam kepala saja.

“Kalau tambah kepala lain nanti susah. Jadi cukuplah sekadar membayar zakat untuk saya dan empat orang anak kita. Bukan apa, saya risau awak tidak mampu untuk uruskan sekiranya ada penambahan lain pula. Sekian sahaja pesanan khidmat amaran daripada saya, selamat ulang tahun!,” tulis Sheila.

Lan atau nama sebenarnya, Mohd Razlan Mohamed Yusof mendirikan rumah tangga bersama Sheila pada 5 Disember 2009 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Kerjaya seni Lan turut dikendalikan oleh Sheila dan tidak kekok biarpun isterinya bertanggungjawab mengatur karier seni serta memberi nasihat pelbagai aspek termasuk penampilan.

Oleh: Zaara Talita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 19 Jun 2023
Hiburan Fri, 18 Oct 2024

Pakai Topi Huruf ‘R’, Penampilan Aliff Aziz Curi Perhatian

Topi Aliff huruf ‘R’, bagi hint ke tu? 👀

Featured Fri, 4 Aug 2023
Hiburan Mon, 28 Mar 2022
Featured Tue, 10 May 2022
Featured Thu, 23 Jan 2025

Pilih Akim & The Majistret Menang Vokal Terbaik Di AJL39, Netizen Tak Percaya Kredibiliti Hael Hussaini, Amir Masdi?

Pilihan Vokal Terbaik ini sekaligus menjadi tanda tanya adakah cita rasa peminat dalam memilih penyanyi dan kualiti vokal sudah semakin berubah???

Hiburan Sat, 12 Oct 2019

Takziah…Kamal Chilok Kembali Ke Rahmatullah

Innalillah wa inna ilaihi roji’un

error: Content is protected !!