Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 13, 2019 @ 4:05pm

’Arwah Pesan Hidupkan Semula Irama Pop Yeh Yeh’- Kugiran Masdo

“ Arwah pesan agar teruskan perjuangan menghidupakan irama Pop Yeh Yeh,’ demikian kata salah seorang anggota kumpulan Kugiran Masdo, Putu mengenai pemergian penyanyi lagenda, Allahyarham Datuk A.Rahman Hassan, malam tadi.

Menurutnya, Allahyarham disifatkan sebagai mentor kepada kumpulan anak muda yang mengembalikan fenomena irama pop yeh yeh di kalangan anak muda.

“ Arwah tidak pernah kedekut ilmu. Banyak yang sempat kami belajar daripadanya. Kami pernah membuat persembahan bersama dan arwah pernah berpesan beberapa tips ketika di pentas.

“ Jangan pernah berhenti, teruskan legasi. Itu antara pesanan terakhir arwah. Insha Allah saya akan kenang jasa dan saya doakan arwah tenang di sisi pencipta,” katanya ketika ditemui di majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Taman Keramat.

Tambah Putu, kali terakhir berpeluang berjumpa arwah pada bulan Ramadan lalu untuk sebuah program nyanyian.

“ Ada juga rancangan untuk hasilkan lagu bersama tetapi perancangan Tuhan mendahului segalanya. Sedih tapi hidup perlu diteruskan,” akhirinya.

Penyanyi era 1960-an, Datuk A Rahman Hassan meninggal dunia pada usia 73 tahun di Hospital Ampang (HA) jam 12.40 tengah malam tadi, akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 8 May 2023
Hiburan Wed, 2 Oct 2024

“Saya Hanya Berkongsi Cerita, Bukan Mengejar Populariti” – Zara Zya Tak Sangka Kisah Diganggu Makhluk Halus Tular

Takkanlah nak buat main isu ni kan, tapi betul ke ramai yang kena ‘ganggu’ lepas tengok full podcast kisah misteri Zara ni?

Featured Thu, 4 Sep 2025
Hiburan Sat, 8 Mar 2025
Featured Fri, 30 May 2025

Maryam Durian Kimchi Dikritik Pakai Baju Ketat, Ryzal Ibrahim Terbuka Terima Teguran

Kritikan yang diterima dianggap sebagai ada betulnya.

Featured Thu, 13 Apr 2023
Featured Mon, 25 May 2026

PU Riz Beri Teguran, Dakwa Ramai Hilang Pedoman Demi Populariti

PU Riz berkata, ramai yang menghasilkan kandungan yang tidak mempunyai manfaat semata-mata mahu meraih perhatian.

error: Content is protected !!