Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 17, 2019 @ 10:24am

Tak Serik, Artis Kelahiran Singapura Tu Buat Hal Lagi?

Pelakon Indonesia, Raja Yunika Putri mendakwa seorang artis lelaki Singapura yang menempa nama di Malaysia mencuri sejumlah wang ketika berada dalam sebuah kelab malam di Singapura pada 7 Jun lalu.

Yunika menerusi portal berita haluankepri.com mengakui berjumpa dengan artis terbabit di Clarke Quay, Singapura.

“Pada masa itu saya berjumpa dengan dia di Clarke Quay, Singapura.

“Saya kemudian pergi membuat bayaran di kaunter dengan meninggalkan beg mengandungi wang dan barang berharga di tempat duduk,” dakwanya.

Yunika mendakwa, tidak berapa selepas itu, artis lelaki itu mengucapkan selamat tinggal dengan alasan mahu bertemu rakannya di tempat lain.

“Tidak lama selepas artis itu pergi, saya mengambil dompet dalam beg.

Malangnya, sejumlah wang dalam mata wang dolar Singapura dan rupiah saya hilang.

“Sudah pasti saya mengesyaki artis terbabit mengambilnya berikutan sebelum itu beg saya berada di tempat duduk.

“Saya ada memberitahunya mahu melaporkan kejadian kepada polis, namun dia mencabar saya supaya terus melaporkannya,” katanya.

Susulan itu, Yunika melaporkan kejadian itu kepada polis Singapura dan kes itu kini dikendalikan oleh polis republik itu.

Dia turut meminta bantuan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq dan menteri itu menasihatinya untuk melaporkan kejadian kepada polis.

“Kes ini mendapat perhatian Atase Nasional Polis Singapura, Joko Setiono,” kata Yunika.

Yunika turut mengucapkan terima kasih kepada Syed Saddiq kerana membantunya sehingga kes berkenaan mendapat perhatian polis Singapura.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada YB Syed Saddiq. Kerana peranannya, insiden ini boleh sampai ke polis Singapura.

“Selepas kejadian itu, saya segera menghubungi beliau dan atas cadangannya saya diminta melaporkan kepada polis,” katanya.

Dia yang terkenal membintangi filem Cinta Palsu Suaminya berkata, pada mulanya dia tidak tahu apa perlu dilakukan di negara orang.

“Pada awal kejadian, saya kecewa dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi saya menghubungi Syed Saddiq yang saya kenal beberapa lama dulu.

“Syukurlah dia memberi maklum balas dan meminta saya melaporkan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Beberapa portal berita di Indonesia menyebut Aliff Aziz sebagai artis yang didakwa terbabit dalam kes itu.

Imbas kembali, Aliff pernah didakwa mencuri dua telefon bimbit di negaranya pada tahun 2014 namun dibebaskan selepas membayar denda.

Oleh: Endy Ashaari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Mar 2026

Marsha Milan Dedah Paru-Paru Lemah, Terpaksa Ambil Steroid Demi Terus Bekerja – “Setiap Kali Sakit Lambat Sembuh”

Penyanyi, Marsha Milan Londoh mendedahkan dirinya berdepan masalah paru-paru lemah yang memberi kesan besar terhadap tahap kesihatan serta perjalanan kerjaya seninya sepanjang tahun lalu. Menurut Marsha, masalah kesihatan itu mula disedari selepas dia dijangkiti Covid-19 […]

Hiburan Mon, 13 Jan 2020
Hiburan Thu, 16 Oct 2025

Aedy Ashraf, Meerqeen & Nadhir Nasar Bersatu Dalam Klepet, Filem Aksi Komedi Sarat Kejutan!

Aedy Ashraf, Meerqeen dan Nadhir Nasar bergabung dalam filem aksi komedi berjudul Klepet.

Trending Wed, 29 Jun 2022
Featured Tue, 26 Jul 2022

Tular Foto Anak Pakai Baju Seakan Berkemban: “Zaman Saya Muda Lebih Teruk” – Azhar Sulaiman

Azhar menganggap perkara yang berlaku sebagai ‘balasan’. Apapun semoga suatu hari nanti hati Leona akan terbuka

error: Content is protected !!