Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 16, 2019 @ 11:40pm

Bekas PRO Siti Nurhaliza Meninggal Dunia

Bekas Pegawai Perhubungan Awam (PRO) penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Bahanordin Deraman meninggal dunia pada pukul 8.30 malam tadi akibat komplikasi kencing manis.

Allahyarham Bahanordin atau lebih dikenali sebagai Bard, 53 tahun, meninggal dunia selepas terjatuh di kediamannya di Kuala Lumpur.

 Sepanjang karier dalam dunia seni dan hiburan tanah air, Allahyarham yang berasal dari Kelantan pernah menguruskan beberapa orang artis popular lain antaranya Datuk Seri Rossa.
 
Arwah berkhidmat sebagai PRO di syarikat rakaman tempatan SRC dan pernah menguruskan kerjaya beberapa artis ternama lain seperti Tomok, Liza Hanim, Sofaz dan kumpulan 2 By 2 dan ramai lagi.
Arwah Bard meninggalkan dua orang anak Nur’ Ain Batrisya, 15 tahun dan Rizki Langit Ramadan, 12 tahun.

Jenazah akan dibawa ke Masjid As Sobirin, Lembah Keramat pada pukul 9 pagi esok sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan AU4, Taman Permata, Hulu Kelang, selepas Zuhur. – K! ONLINE

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

’Bukan Semua Suka Tengok Kita Bahagia’- Faradhiya Pilih Tidak Kongsi Hal Peribadi Di Sosial Media

Pesannya, ‘Kalau ada masalah, bercakap dengan Tuhan bukan dengan meluahkan kepada orang awam’. Betul tu!

Featured Tue, 12 Oct 2021

“Dia Tak Ada Dosa Mata, Saya Dah Nampak Allah Bagi Dia Jalan Ke Syurga”-  Kehilangan Anak Azmi Caliph Busker Sentuh Hati Ustaz Don & Rosyam Nor

Setiap ujian dan dugaan yang dihadapi oleh setiap manusia adalah berbeza berbeza. Ada yang diuji dengan kemiskinan, kematian dan sebagainya. Namun, setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri. Baru baru ini, anak kepada penyanyi, Azmi Caliph […]

Hiburan Fri, 29 Aug 2025
Trending Sun, 3 Jul 2022

“Dengar Macam Kelakar, Tapi Saya Serius” – Mudah Lupa, Nabila Huda Minta Tip Netizen Pulihkan Ingatan

Nabila Huda risau keadaan dirinya yang sering lupa, minta tip pulih ingatan dari netizen.

error: Content is protected !!